Monday, March 5, 2012

keberkatan Ilahi

mana mungkin kejayaan yang kita miliki ini adalah kerana kepandaian kita...
mana mungkin kegagalan hari ini kerana kebodohan kita...

kejayaan @ kegagalan itu milik Allah..
hanya Dia yang berhak memberikan apa yang dikehendakiNya..
kita sebagai hambaNya laksanakanlah setiap suruhanNya..

menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan untuk memastikan hidup kita seimbang dunia dan akhirat..
tanpa ilmu,kita ibarat berjalan dalam kegelapan...
meraba-raba mencari halatuju yang belum pasti..
apa sahaja yang melintasinya,ia akan mengikutinya..
andai yang dicapai adalah jalan menuju ke syurga,Alhamdulillah...
andainya yang dicapai adalah jalan menuju ke neraka,amat kasihan dirinya...

dalam menuntut ilmu,bukan Gred atau pointer yang di cari...
tapi kefahaman dan keberkatan dalam setiap zarah-zarah ilmu yang kita pelajari...
apabila diuji,ramai yang bersyukur dan lebih ramai yang tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan...

bersyukur="Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah atas nikmat kejayaan/atau kegagalan yang Engkau berikan.berilah kefahaman kepadaku akan ilmuMu dan berkatilah ia"

tidak bersyukur="tak sia-sia aku study siang malam,wat latihan banyak-banyak.memang patut pun aku dapat straight A,dapat dekan...hehehe"

namun begitu,kejayaan yang hadir adalah sia-sia tanpa keberkatan Ilahi...
andainya:-
1~solat kita tidak utamakan.sering melengahkan masa kerana Study...
2~cara belajar kita yang menyebabkan kita lupa akan Dia..(cth:mendgr muzik yang melalaikan,study berdua-duaan lelaki dan perempuan)
3~study bukan dengan niat kerana Allah Taala.
4~menjadi pelajar yang tidakmenghormati gurunya.
5~belajar tanpa menutup auratnya.
6~belajar kerana dunia.

berusahalah dalam mencapai rehda Ilahi...
dalam setiap keberkatan yang Allah kurniakan akan membawa kita semakin hampir kepadaNya...
janganmemberi alasan mengapa hidayah itu tidak hadir pada kita, andainya kita sendiri yang tidak berusaha memohon kepada pemilik mutlaknya...

*mohon teguran andainya ada kesilapan dalam menulis...syukran
~syifahakimi~

No comments:

Post a Comment