Sunday, February 28, 2010

s@ya sEnTi@s@ bErs@m@ @loNg.....

@LoNg......
hidup ini adalah perjuangan..
DAN.....
pembiayaan kepada perjuangan adalah PENGORB@N@N....


p/s:x de orang pun yg mampu puaskan hati semua orang...

Thursday, February 25, 2010

s@l@m s@y@ng.....

farhana,RUMATEku....
maafkan @long kerana tidak dapat menemanimu sejak kebelakangan ini...
bukan kerana sengaja,
tetapi kerana tanggungjawab yang perlu diperjelaskan...
ketahuilah bahawa diri ini sentiasa mengingatimu dan menyayangimu...TEMAN...
A.S.A.KA....................................

Monday, February 22, 2010

PeRcUti@n Y@nG cUkUp InD@H


salam terindah buat semua...
ku buka pertemuan yang sekian kalinya dengan kalimah yang cukup indah "Bismillahirrohmanirrohim"
ape khabar sahabatku sekalian???
sihatkah roh & jasad mu??
bertambah @ berkurangkah iman mu??
ku doakan agar dirimu sentiasa di bawah lembayung Rahmat-Nya...

Percutian untuk mid-sem ini amat menggembirakan...alhamdulillah
setelah mengharungi arus kehidupan yang agak mencabar,
aku bersyukur kerana Allah telah menggantikan hari-hari yang berlalu dengan pengisian yang amat bermakna bagiku...antaranya....

13 dan 14 feb 2010
-apabila remaja-remaja kini sibuk menyambut "valentine day",aku pula memulakan cuti dengan "family day"...detik yang amat indah bersama saudara tercinta...pelbagai aktiviti dilakukan bersama bertujuan mengeratkan silaturrahim...setelah masing-masing sibuk menjalankan tugas tersendiri ditempat kerja,inilah masanya untuk melapangkan dada dan menenangkan fikiran...terima kasih pada abah dan mama dan adik beradikku yang sudi bercuti bersama-sama...kenangan ini akan ku pahat dalam ingatan...

15,16,17 dan 18 feb 2010
-setibanya aku di rumah,aku disambut mesra oleh gelak tawa adik tersayang...kimi,kanak-kanak lelaki yang berusia 5 tahun yang lincah bergerak ke sana dan ke mari...masih terngiang-ngiang di benak fikiranku kata-katanya ketika aku memarahinya kerana kenakalannya..."ye la along...kimi yang salah"...tergelak aku sendirian ketika merindui adik bongsuku ini...sedar tak sedar,masa berlalu begitu pantas. jam menunjukkan pukul 10.30 pm pada 18 feb 2010 iaitu masa keberangkatanku ke kelantan menaiki pesawat yang diimport khas dari bumi malaysia...jeng...jeng...jeng...bukannya yang terbang,tapi cukup lah sekadar makhluk yang bertayar 8...huhuhu...

19 dan 20 feb 2010
-perjalanan yang memakan masa 8 jam cukup meletihkan apatah lagi pemandu bas yang tidak prihatin melanggar setiap lekuk-lekuk di jalanan membuatkan badanku keletihan yang teramat sangat...udara yang amat sejuk ibaratnya berada dalam peti ais yang bersuhu -0'c...setibanya di bumi kelantan,aku disambut dengan senyuman yang manis sekali oleh kakak kesayanganku...bersama kakak tersayang selama 3 hari amat menyenangkan...keadaan yang agak busy dirumah tidak menghalangku daripada menatap wajahnya...akak,ketahuilah bahawa sy sayang akak...:)

20 dan 21 feb 2010
-seterusnya aku, aku meneruskan perjalananku ke lokasi yang seterusnya iaitu lot 1682 kg dusun raja,cempaka panji bertemu insan tercinta yang sentiasa menemaniku di dalam apa jua keadaan...kenangan yang paling indah besamanya di saat cuti midsem ini...seharian kami menghabiskan masa bersama. g shopping, memasak dan mengemas barang...kek batik,kek coklat dan popia adalah menu pilihan kami pada hari tersebut.bermula di pagi hari, kami bergerak ke pasar siti khadijah,pantai timur and mydin untuk mencari bahan-bahan untuk projek memasak...sejurus tibanya kami di rumah, kek batik menjadi menu utama untuk dibuat...first tyme rasanya bagi saya membuatnya...pom pang pom pang akhirnya siap kek batik...kemudiannya adunan kek coklat and popia...tidak pernah terdetik di hati ini untuk menghabiskan masa seharian untuk berada di dapur...sejurus malam menjelma,kami bergegas ke stesen kereta api untuk pulang ke negeri pahang untuk meneruskan perjuangan..first tyme diri ini menaiki kereta api selam 21 tahun hidup..kerana persahabatn ini, akhirnya aku dapat merasai pengalaman pertama menaikinya...terima kasih teman...

Thursday, February 11, 2010

sEk@D@r rEnUNg@n......

Kubur menyeru manusia sebanyak 5kali
1)aku rumah yang terpencil, maka kamu akn tenang dengan selalu membaca Al-Quran
2)aku rumah yang
gelap, maka terangilah aku dengan solat malam
3)aku rumah yang
penuh dengan tanah dan debu, maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan
4)aku rumah yang
penuh dengan ular yang berbisa, maka bawalah penawar "bismillah" sebagai penawar
5)aku rumah yang
ada pertanyaan mungkar nakir, maka banyakkanlah membaca "la ilahaillallah" supaya dapat jawapan daripadanya


5 jenis racun dan juga 5 jenis penawarnya
1)dunia itu racun, zuhud itu ubatnya
2)
harta itu racun, zakat itu ubatnya
3)
perkataan sia2 itu racun, zikir itu ubatnya
4)
seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya
5)
seluruh tahun itu racun, ramadan itu ubatnya


Nabi Muhammad SAW bersabda

ada 4 perkara yang di pandang sebagai ibu
1)ibu segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN
2)ibu segala
ADAB adalah SEDIKT BERBICARA
3)ibu segala
IBADAT adalah SEDIKIT TAKUT BERBUAT DOSA
4)ibu segala
CITA2 adalah sedikt SABAR

Orang yang tidak melakukan solat
SUBUH: di jauhkan cahaya muka bersinar
ZOHOR: tidak diberi berkat dalam rezeki
ASAR: di jauhkan dari kesihatan/kekuatan
MAGHRIB: tidak di beri santun oleh anak2
ISYA': di jauhkan kedamaian ketika tidur