Sunday, March 4, 2012

Bahagiakan Hatimu...

semester baru telah bermula...semester ini lebih mencabar buatku kerana banyak perkara baru yang aku akan lalui...tempat baru...suasana baru...dan kawan2sekeliling yang baru...bagaimana aku akan menghadapinya...berat sekali terpaksa berpisah dengan sahabat2 yang dicintai di machang...apatah lagi dengan sahabat2 jengka yang hampir setahun ku tingggalkan...
cukup bermakna berada 3 tahun di jengka,1 tahun di machang dan kini aku akan menghabiskan 2 tahun umurku di kampus kota bharu...

tiada lagi suasana permai di sekelilingku...tiada lagi kolam dan tasik yang aku boleh datangi...tiada lagi ladang yang luas untuk aku terokai...mulai hari ini, bangunan-bangunan yang berlapis-lapis akan ku jejaki...lorong-lorong yang memuatkan kenderaan yang akan aku melintasi..

namun begitu,Allah Maha Adil,Allah Maha Bijaksana....tarbiyahnya bukan sekadar setempat cuma,tapi segenap sudut rahsiaNya...tarbiyahNya bukan satu cara,tapi pelbagai cara dan suasana...

bahagiakanlah hatimu...

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?"

semuanya adalah nikmatNya yang sangat berharga...jangan sesekali kau goyah dalam menghadapi ujianNya kerana Dia sentiasa bersamaMu,menyayangiMu...hadirNya dalam tawa,tangis dan esakkan...letakkan Dia dihatimu..peneman yang sangat setia...setianya seorang sahabat,mungkin sementara tanpa izinNya...

walau di manapun engkau berada..ingatlah bahawa itu agenda aturanNya...yang lebih memahami jiwamu..yang lebih tahu akan keperluan hati dan jasadmu...
teruskan berjuang sekalipun terbuang...=)

No comments:

Post a Comment