Thursday, March 8, 2012

Bermadu...

apabila disebut tentang berMADU...
rata-rata wanita menolaknya...
tak ingin berkongsi kasih...
takut dicop tak reti menjaga suami...
terasa diri hebat cukup sempurna untuk suaminya...
rase tercabar kerana di duakan...

sebenarnya...
Allah sangat sayang pada kita,melebihi sayang kita pada suami kita...
Allah lebih tahu apa yang kita perlukan melebihi apa yang kita tahu...
Allah inginkan kita lebih hampir kepadaNya...
kasih Allah dalam setiap ketentuanNya..

sedar tak kita bahawa...
Allah menambahkan seorang lagi teman perjuangan kita mencapai redhaNya...
Allah memberi seorang lagi insan untuk menjaga suami kita...
Allah memberi peluang untuk kita membina baitul muslim yang lebih besar...
peluang untuk kita mendidik lebih ramai mujahid dan mujahidah islam...

bermadu itu satu ibadah andainya bermatlamatkan redha Allah...
bermadu itu amat indah andainya kita tahu menghargai pemberian Allah...
bermadu itu satu ujian yang mendekatkan kita dengan Allah...
tanda kasih sayang kita pada suami tercinta..

pernah saya terbace satu kata2 bahawa...
si isteri tidak boleh cemburu sekiranya suaminya menyukai wanita lain kerana dia berhak memiliki lebih dari seorang isteri...
tetapi si suami kene cemburu sekiranya isterinya rapat dengan lelaki lain...

teringat juga kepada kata-kata prof masri...
dihatinya hanya ada Allah...
suaminya hanya di genggamannya...
jika terlepas dari genggaman,dia masih ada Allah yang dicintai..
janganlah kita takut andai diuji dengan kehilangan insan,kerana ianya hanyalah pinjaman semata..

sedarlah wahai perempuan bahawa suatu hari nanti kita akan di madukan...
jika bukan dimadukan oleh insan,kau pasti akan dimadukan dengan dakwah...
ayuh ramai-ramai lapangkan dada,positifkan diri...
ramai muslimat2 di luar sana memerlukan penyelamat demi meneruskan perjuangan dakwah ini..
bukan setakat lelaki yang perlu menyelamatkan mereka,tapi kita juga bertanggungjawab...

semoga Allah kurniakan kita peneman yang setia membawa kita ke syurgaNya...
Ya Allah,kurniakanlah kami imam yang dapat memimpin kami kepadaMu...
hidup dan mati kami keranaMu...
~lapangkan hati,ikhlaskan niat~
...islam dan perjuangan...

syifahakimi

1 comment:

  1. setuju sangat.. betul tu kak... tapi jujur, sangatlah berat ujian ni sebenarnya kan.. sangat kuat hati2 muslimah yg dapat menerimanya dengan redha dan senang hati.. sehinggakan Allah akan menghadiahinya sebuah payung emas di akhirat nanti..

    semua lelaki mampu berkahwin ramai, tapi malangnya tak semua lelaki mampu berlaku adil.. :'(

    ReplyDelete