Fish

Thursday, February 9, 2012

alkiSahNya bAucer..

Pulang dari menjalankan suatu amanah, saya pulang ke kolej tercinta untuk menunggu masa ‘outstation’..3hari masa yang perlu saya penuhi semanfaat mungkin..sambil berborak-borak, perbualan kami di selitkan dengan sedikit pengisian, seorang sahabat saya mengeluarkan idea..

“korang dah amek baucer buku RM200?”

“wajib la dah amek..”sahabat lain menyahutnya..

jom kita p pesta buku kat karangkraf, saya rasa boleh guna baucer tue kat sana..”

Tanpa banyak soal, masing-masing hanya bersetuju dan mengangguk tanda setuju..

“esok ye,jangan lupa, pukul 11 pagi..”

“pukul 11pagi jam islam ye, bukan jam melayu..”tambah sahabat saya yang lain..

Esoknya..

‘buraq’ JJS****, WLD**** dan CBP**** menjadi tunggangan kami berenam..

“kita lunch dulu dekat seksyen17, kakngah nak ikut sama..”katanya mandor kami..

Kami hanya menurut perintah, maka berkonvoilah 3buraq menuju seksyen17..

Usai kami mengisi perut, buraq terus memecut menuju matlamat yang sebenar..kereta memenuhi segenap ruang berhampiran Karangkraf, menyelitlah kami bersama buraq ke kiri ke kanan..pusing-pusing di Karangkraf, tiada buku yang dapat menarik hati saya..hanya hati Dib, Sue dan Kila yang berjaya di pikat buku-buku di sana..makanya kami membuat keputusan untuk menuju ke MPH untuk menebus baucer..

saya mula melangkah keluar bersama Wani, sambil sahabat lain turut berjalan keluar..5minit kami menunggu di bawah sinaran mentari, tapi tetap tidak muncul kelibat sahabat yang di tunggu..kami terpandang pak cik eskrem, hati kami berbicara perkara yang sama..

"eskrem tue sangat sedap lagi menyelerakan andai dimakan di bawah terik mentari..."

"pakcik,saya nak eskrem potong, perisa jagung ya.."

"saya nk waffle keladi.."saya menambah..

kami mencari tempat yang agak redup bagi menikmati eskrem..habis suapan kami yang terakhir, muncullah kelibat insan yang kami tunggu..berkonvoilah buraq kami menuju destinasi seterusnya..

nak dijadikan cerita,ada roadblock di pertengahan jalan..mimik muka kakngah mula menggambarkan adrenalinenya mulai mengalir dengan laju..mana taknya, lesen motornya baru L, tapi membawa pembonceng bersamanya..

hakikatnya, saya juga sama, hanya mempunyi lesen memandu kereta bersama saya..saya memberanikan diri, alasan demi alasan saya berikan kepada incik polis..dalam berani, ada cuaknya..takut juga andai terlebih beralasan,boleh jatuh menipu jadinya..alhamdulillah incik polis percaya dengan alasan saya(terima kaseh incik polis yang tak berapa garang..)..sesekali saya menjeling ke arah kakngah,saya yakin dia turut menggunakan cara yang sama bagi melepaskan diri..tapi mimik mukanya menampakkan mungkin mahu mengalah..selesai saya melayan incik polis,saya berlalu pergi dahulu, meninggalkan kakngah melayan incik polisnya, moga-moga bukan satu penipuan yang di buatnya..

setibanya di MPH, pusing-pusing jalan-jalan, helai demi helai, buku demi buku di sentuh saya..namun juga tiada buku yang berjaya menawan hati kecil saya untuk menebusnya menggunakan baucher..akhirnya saya duduk di kerusi bersama seorang sahabat yang berpangkat adik..

"Kenapa duduk?dah penat ke?"..saya memulakan perbualan..

"tak la kak, saya tak ada mood nak beli buku.."sahutnya sinis..

"samala kita"

sambil memerhatikan gelagat sahabat-sahabat memilih buku, kami berborak..

"Kak, rupanya akak tak ada lesen motor ya?"

"Yap, memamg la, akak ada lesen kereta je..alhamdulillah tadi incik polis tu percaya dengan alasan akak..akak pusing-pusing ayat, tapi tak la sampai menipu rasanya.."saya menjawab tanpa perasaan..

"Tapi kak, akak memamg buat satu kesalahan yang besar pun..melanggar peraturan jalan raya..kalau di sabit kesalahan, akak boleh dikenakan hukuman.."

"(GULP!!)Eppppp"..saya membalas tanpa sebarang kata..tertunduk seketika..ada benarnya kata-kata adik tersebut..saya sedar saya salah, tapi ego tetap menguasai diri..lantas topik lain saya bualkan..

p/s:

1) syukran dik atas teguran, baru akak sedar yang bawa motor di jalan raya merupakan satu kesalahan besar..samalah dengan peraturan Allah, andai di tetapkan sesuatu perkara itu haram, maka haram ia hinggga akhirnya..

2) beralasanlah anda dengan manusia sehebat mana pun di dunia, tapi bila di akhirat kelak, 'video' kisah-kisah sendiri yang akan menjadi tontonan kita sendiri..

Monday, January 16, 2012

sAyA dAn eXaM..

Assalamualaikum..saya kembali lagi..seronok rupenya edit blog ni ye..

Alhamdulillah..tepat jam 11.00pagi, tamat perjuangan saya menuntut ilmu duniawi untuk sem nie..

Setiap kali berselisih dengan sahabat2, rakan2 dan teman2; persoalan sama yang diajukan..

“Ana, cmane paper?”

“alhamdulillah, macam biasa,paper warne pink,kekadang oren..:-)”..

“memang la,tak payah cakap la warne tu..ok tak?”..

“alhamdulillah,InsyaAllah tawakkal..”

“Ana tak pe, budak Dekan,mesti ok..”

“Astaghfirullahal’azim..”

*saya hamba Allah, saya banyak dosa, saya tak punyai apa2 kelebihan..

*YA ALLAH A BARIQ,YA RAHMAN, YA RAHIM..aku tidak pinta Dekan sebagai natijah perjuanganku sem nie YA ALLAH..aku hanya pinta Engkau berikan yang terbaek buat diriku, Agamaku dan negaraku..hanya Engkau mengetahui segala sesuatu yang terbaik untukku..

YA ALLAH YA GHAFFAR, andai Dekan adalah terbaek bagiku,aku bersyukur atas rezeki kurniaanmu..andai sebaliknya YA ALLAH, aku yakin dan percaya, ada hikmah yang Engkau sembunikan dari pengetahuanku..insyaAllah aku terima dan redha YA ALLAH..

p/s:sahabat2 n teman2, saya hanyalah hamba Allah, yang punyai kekurangan, juga melakukan dosa, tidak punyai kelebihan, kita dah berusaha..Dekan bukanlah kayu ukur kepada seseorang..seterusnya serahkan kepada DIA yang Mengetahui segala-galanya..doakan semoge Allah kurniakan yang terbaek bagi kita..

Wednesday, January 11, 2012

sHaR!nG iS cAr!Ng..

Lama sudah saya tak menjengah blog ini..nak mengupdate apetah lagi..bukan banyak kerja,bukan tiada masa, tapi hakikat diri yang memang malas..
Hari ini saya ingin mencoretkan peristiwa yang agak memberi kesan kepada saya..

Alkisahnya bermula..
Usai saya selesai solat asar dan zikir Ma’thurat,saya bersiap-siap untuk ‘berentap’ badminton dengan Acik dan Wani..Tanpa menghiraukan warming up atau apa-apa senaman, kami terus smash bulu tangkis ke sana ke mari, sambil diselingkan dengan gelak ketawa..
Sedang asyik seronok bermain, HKV Vseries saya memanggil-manggil..lantas saya menyahutnya..tertera nama ‘musuh’ saya..

"Assalamualaikum Farhana,kamu kat mana?"
"Wa’alaikummussalam..kenapa?"
"Cakap la kamu kat mana, saya urgent nie.."
Saya hanya menyoalkan soalan yang sama..``Kenapa?”..*biasenya ‘musuh’ saya suka main-mainkan saya menyebabkan saya pun jadi main-main..
"Ada sorang student pengsan, berhampiran stage..dia senggugut.."
"Owh ok..jap saya call ambulans(Pusat Kesihatan)..jap lagi saya datang.."

Lantas kesoronokan saya diberhentikan..menjalankan amanah, saya terus mendail nombor berkenaan sambil menuju ke stage..Dari jauh saya nampak ramai pelajar-pelajar lain sedang mengerumuni pelajar yang pengsan..sesampainya di stage, saya hanya melihat pelajar tersebut dari jauh, sambil tawaf mengelilingi stage, cooling down kononnya..terasa badan agak cool, saya duduk berhampiran pelajar tersebut..pandang kepada nya dari sisi..

"Eh, muka dia macam adik saya.."
"Adik hang ke?"
"Eh bukan..adik saya pakai spek.."*sambil masih merenung samada betul atau tak*
Tiba-tiba kawan pelajar tersebut bersuara..
"Akak, betul la ni adik akak,Hanani.."
"Ya Allah..adik saya,Nani!"*saya tak terkata,terus melompat ke stage mendekati dia*
Kaget!!saya memanggil-manggil namanya..Nani dalam keadaan sedar tak sedar..
Sejurus kemudian,ambulans sampai..saya mengusungnya ke atas strecher bersama sahabat-sahabat yang lain..terus siren ambulans di bunyikan..saya terut bergegas ke Pusat kesihatan,tapi menaiki motor..

Di pendekkan cerita,alhamdulillah Nani tak apa-apa..Cuma tak cukup rehat(tak makan dari pagi,memang la..gigit kang Nani baru tau!)

Pengajaran yang sangat berguna saya dapat hari ni..
Persahabatan itu indah..
Tiada Persaudaraan Tanpa Iman dan Tiada Iman Tanpa Taqwa..
ukhwah menjadikan kita rapat, SIC menjadikan kita erat..

p/s: Maapkan akak ye Nani, bukan akak tak kenal Nani..tapi masa tu Nani tak pakai spek,akak x tak cam,tak sangka pulak Nani..*tak boleh tahan,akak siap cooling down dulu..huhu*

Akak sayang Nani tau,serius tadi bukan akak tak nak hiraukan Nani,tapi entahla..:’(..akak pon sayang Acik..Wani pon..Along pon..Ucu pon..Uda pon..Alang pon..n kak Dhiya’ pon..

Thursday, December 29, 2011

Thursday, December 15, 2011

Istikharah Cinta...


Bersaksi cinta di atas cinta

Dalam alunan tasbihku ini

Menerka hati yang tersembunyi

Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu

Tertulis dalam sajadah cinta

Tetapkan pilihan sebagai teman

Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku

Memohon petunjuk-Mu

Satu nama teman setia

Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa

Teguh satu pilihan

Memenuh separuh nafasku

Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta

~by sigma~

Memang, rasa suka dan cinta itu membantu dalam proses khitbah dan ber-baitul Muslim.

Malah, penting juga pada setengah keadaan, dalam keadaan terkawal, dipanjangkan proses taaruf, agar ada rasa kecendurangan dan suka pada yang mahu dinikahi.Malah, ada seorang ikhwah pernah mengatakan,''Pentingnya cinta itu lebih diutamakan daripada se'kufu'an dari sudut fikrah dan dakwah!''

Astaghfirullah.

Memang kita boleh memilih jalan hidup kita.Dan tentunya, apa sahaja jalan yang kita pilih, tentu akan berhadapan dengan ranjau serta durinya.Kerana ujian itu sahajalah tempat Allah menguji iman kita, dan tempat dia mengatakan kepada kita:'I love you my servant!'

Alangkah indahnya, di saat kita memilih salah satu jalan itu, kita memilihnya kerana Allah?Walaupun mungkin di sudut hati kita, ada kecenderungan mahupun kecintaan pada sesuatu yang lain.Dan tidak sedikit orang yang terkelabui malah tertutup hatinya di saat memilih pasangan hidup, akibat penangan cinta.

Lantas, pada istikharahnya sendiri, sudah memiliki kecenderungan pada yang dicintai.Kerana itu, aku amat memahami mengapa murabbi ku mendidikku untuk berkahwin dengan dakwah sebelum dengan ikhwah.Bukan kerana dia syadid, ataupun macam malaikat, tapi kerana dia mahu mengajarkan aku sesuatu yang amat penting dalam hidupku;'No matter what happen to you in this life, jangan tinggalkan dakwah! Dan kembalikan hidupmu pada dakwah di saat penyelewangan mula berlaku.'

Bila kita memilih Allah dalam setiap perkara, di situ kita akan mengarahkan seluruh kehidupan untuk Dia. Malah menarik semua manusia yang berada dalam radar graviti kita, ke arah Dia. Dan tentu ini tidak mudah sama sekali.Malahan, setelah berkahwin, kita akan memastikan radar baitul muslim kita akan berpaksi dan kembali kepada Allah.Bukan sekadar pada sebuah cinta semata-mata.

Aku tahu kamu sedang mengalami dilema ini maka istikharahlah dengan sebenarnya.Aku katakan pada kamu dengan penuh kecintaan, istikharahlah.Istikharahlah!Dengan sekhusyuk dan sejujur hatimu supaya Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat kamu dan supaya apa sahaja yang Allah takdirkan buat kamu, samada sukar mahupun senang, Allah akan bantu seluruh kehidupan kamu dan dakwahmu, dalam keadaan apa sekalipun.

Tuesday, October 25, 2011

sejak dulu hingga kini,
kami tetap seperti dulu,
marah dan merajuk menjadi teman setia kami,
walau kadang-kadang sedih terasa,
tapi sebenarnya pengubat rindu kami...

bertemu cuma sekali dua,
tapi kenangan baru sentiasa terukir indah,
kadang-kadang aku seperti seorang kakak kepadanya,
dan selalunya akulah yang menjadi adik kepada dia...

manisnya ukhuwah kerana Dia,
Allah memberi apa yang kita tidak pernah rasai,
tanpa kita memintanya,
janjiku pada dia sahabatku,
akan ku terus di jalan ini,
hari ini,esok dan sehingga Allah memanggilku kelak,
InsyaAllah...

walaupun parah dicucuk duri,
sakit tidak terperi,
kerana indahnya perjuangan ini,
ditemani insan sepertimu yang sentiasa memahami...

salam rindu dari kejauhan....
~a~s~a~k~a

Monday, October 10, 2011

Diamku tak bererti aku membenarkan

Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan

Bisingku tidak bererti aku menyalahkan

Bukan juga melukakan

Tapi kerana aku amat menyayangimu

Maka aku cuba sedaya yang termampu

Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya

Di bumi yg terbentang luas ini

Kerana sayangku kepadamu

Maka aku cuba... dan terus mencuba!

Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri

Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan

Andai aku jumpa jalan

Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang

Aku akan! Itu janjiku!

Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris

Terguris dengan tindakanmu

Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya

Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci

Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap

Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu

Namun tiba-tiba aku sedar

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku

Aku sama saja sepertimu

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku

Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku

Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku

Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?

Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..

Tak mahu..!

Kerana aku sayang kamu..

Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!

Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk

Aku akan terus mencuba

Kerana aku sayang kamu, sahabatku!