There was an error in this gadget

Saturday, September 21, 2013

sebuah perjalanan memburu cita-cita...

cita-cita...
semua orang memilikinya...
tidak kira orang kaya ataupun miskin...
orang tua ataupun muda...
orang lelaki mahupun perempuan...

dan disebalik perjalan memburu cita-citaku,
terdapat seribu cerita pahit manis,
bahagia mahupun derita...

bermulanya aku di sekolah rendah..
cita-citaku ingin menjadi seorang polis...
tapi ibu tidak mengizinkan kerana khuatir anaknya mati ditembak penjenayah..
lalu cita-citaku bertukar ingin menjadi tentera laut..
segak berbaju putih kononnya...
namun cita-citaku berubah lagi...

ketika di sekolah menengah...
aku ingin menjadi seorang peguam,
yang hebat berkata-kata mempertahankan kebenarannya...
sesuai dengan karakterku yang lantang bersuara...
masuk pula di tingkatan 4,bertukar sekolah pula...
cita-citaku ingin menjadi seorang doktor,
yang membantu pesakitnya..
ku rasakan itulah cita-citaku yang terakhir..
mungkin kerana minatku yang gemar membedah katak,tikus,ikan dan sebagainya..
tapi sayang,bila berhadapan dengan manusia yang sedang menahan kesakitan,
hatiku menjadi kasihan dan tidak sampai hati menyentuhnya...

dan apabila aku menjejakkan kaki ke universiti,
aku disedarkan bahawa cita-cita yang paling mulia adalah "mencari rehda Allah"..
tiada limit akademik yang diperlukan...
selagi hidup,selagi itulah ilmu perlu dicari...
berusaha mendekatkan diri kepda Ilahi..
dakwah menjadi wasilah menuju hakiki..
kadang-kala diuji membuatkan aku tersenyum sendiri lalu berkata
"Allah cintakan aku lalu ujianNya datang bertamu"

dahulunya aku seorang yang lasak dan lantang berkata-kata,
kini Dia mengubahku menjadi seorang yang pemalu dan kurangnya berbicara...
terima kasih Ya Allah atas bimbingan dan ilmuMu...
sahabat...
bila kau disisiku,hatiku tenang sekali kerana engkau sering menghiburku di kala dukaku...
bila kau disisiku,aku merasakan bahawa engkaulah sahabatku dunia dan akhirat..
engkau mengingatkan aku kepada Pencipta...
dan engkau mengingatkan aku tatkala aku berbuat dosa...

sahabat...
aku sangat merinduimu..
aku sangat mencintaimu...
biarpun kini jarak memisahkan kita...
biarpun kini masa tak mengizinkan kita bertemu...
ketahuilah bahawa sayangku padamu tetap seperti dahulu...

wahai Allah yang menghadirkan cinta..
wahai Allah yang memberi rindu...
ampunkanlah dosa-dosa kami kepadaMu..
bimbinglah kami ke jalan redhoMu...
berkatilah ukhuwah kami keranaMu...
sembuhkanlah hati ini dari sakitnya rindu..
sembuhkanlah hati ini dari prasangka dunia...
dan sembuhkanlah hati ini dari derita...

temukanlah kami atas kasih sayangMu..
temukanlah kami sebelum Engkau memanggil kami menghadapMu..
temukanlah kami dalam dakapan cintaMu...
sungguh,terlalu berat rasanya ujian yang Engkau berikan ini...
ighfirlana Ya Allah...ighfirlana Ya Allah...ighfirlana Ya Allah...

~maaf andai saya bukan sahabat awak yang terbaik,tapi saya doakan agar awak sentiasa dikelilingi sahabat-yang terbaik di dunia dan akhirat~