Friday, January 29, 2010

@lh@mdulill@h

salam ukhuwah,,,
alhamdulillah setelah sekian lame tidak meng"edit" blog,akhirnya Allah memberi keizinan untuk sy melakukannya....
bermulanya sem baru untuk tanggal 2010, maka bertambahlah amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan...usia jua bertambah dan kematian jua kian hampir...amanah dan tanggungjawab menjadikan diri ini semakin matang menjalani kehidupan...sahabat disisi sedikit sebanyak memberi kekuatan untuk terus menghadapi ujian yang silih berganti tanda kasih dan sayang Ilahi.
apa yang ingin ku kongsikan kali ini adalah berkaitan pilihanraya kampus yang telah berlangsung baru-baru ini. format pilihanraya kali ini telah bertukar daripada wakil kos kepada wakil fakulti...antara fakulti yang bertanding ialah BM,OM,AS,ACC,EC, n CS. seramai 12 org JPP yang terpilih sbg MPP dan 2 org wakil untuk setiap fakulti. sambutan yang hangat dari semua pelajar telah menjadikan pilihanraya kali ini begitu meriah sekali. pada malam manifesto, calon-calon telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan ucapan yang terbaik... dengan kehadiran Dato Pengarah kampus dan semua serta sokongan padu dari penyokong calon menghangatkan lagi malam tersebut. kira-kira 33 org calon dapat melontarkan ucapan pada malam itu. keberanian mereka di atas pentas mengatasi ratusan dan ribuan pelajar yang menuntut di sini...beraninya mereka kerana tampilkan diri untuk mewakili fakulti demi kebajikan semua.
hari yang dinanti-nanti telah tiba....tanggal 28 januari 2010 maka tercatatlah sejarah pilihanraya MPP bagi sesi 2010/2011..kira-kira 4600 orang pelajar telah turun menunaikan tanggungjawab mereka. memilih calon yang berkenan di hati... bermulanya jam 9 pagi dan berakhir jam 5 petang...pada jam 7 malam, keputusan undian telah diumumkan...semoga yang terlantik sebagai MPP dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh semua pelajar dengan jayanya...
Wahai sahabat2ku sekalian,
amanah itu amat berat,
amanah itu ujian yang hebat,
amanah itu penentu di akhirat,
andai engkau memilih untuk ke syurga,
maka terselamat lah dirimu dari neraka,
tetapi andainya yang sebaliknya yang kau pinta,
maka azabNYA pedih tidak terhingga..

Wednesday, January 13, 2010

Apa Guna Iman Sekiranya Tidak Diuji

Dalam hidup ini kita terpaksa berdepan dengan dua situasi atau keadaan yang mana keadaan pertama dipanggil sebagai “hasanat” dan keadaan kedua dipanggil “as-Syiddah”.

Kedua-dua keadaan ini pasti akan dihadapi oleh setiap manusia.

Hasanat ialah segala kebaikan dan kesenangan yang menyenangkan hati manusia seperti diberikan tubuh badan yang sihat, mempunyai harta kekayaan yang banyak, mempunyai jawatan dan pangkat yang tinggi dan sebagainya. Hasanat inilah yang telah banyak menghancurkan iman manusia sejak zaman berzaman apabila ia tidak berjaya diolah dengan baik berdasarkan keimanan yang ada.

Sebagai contoh kita dapat lihat ialah bagaimana firaun yang telah diberikan kekuasaan dan kekayaan oleh Allah Taala lalu dengan kekayaan dan kekuasaan tersebut ia telah menderhakai Allah sehingga akhirnya dia telah dibinasakan oleh Allah akibat daripada sifat lupa kepada diri apabila memperoleh hasanat (kebaikan yang banyak).

Hasanat ini menjadi idaman setiap diri manusia akan tetapi apabila hasanat ini diberikan oleh Allah kepada manusia tidak ramai yang mampu mengolahnya dengan baik dan kebanyakan manusia tidak reti untuk bersyukur.

As-Syiddah pula adalah setiap kesukaran, kesempitan dan kesusahan yang menyebabkan hati manusia merasa berat untuk memikulnya dan merasakan tidak sanggup untuk berdepan dengannya seperti kemiskinan, ditimpa sakit, hilang harta benda, kematian ahli keluarga dan sebagainya.

As-Syyidah ini walaupun kita lihat ia sesuatu yang cukup berat untuk ditanggung tetapi sebenarnya ia lebih sedikit mendatangkan risiko terhadap iman manusia kerana kebiasaannya apabila ditimpa kesukaran dan kesempitan manusia menjadi mudah untuk mengingati Allah dan mengadu hal kepadaNya.

As-Syiddah ini tetap mendatangkan risiko kepada iman manusia sebenarnya kalau ia tidak berjaya diolah dengan baik namun risikonya kepada iman adalah lebih kurang sedikit jika hendak dibandingkan dengan hasanat yang sering kali menjadikan manusia lupa dan lalai kepada Allah. Lantaran itu, apabila kita meneliti sirah perjuangan Nabi s.a.w kita dapat melihat bahawa perjuangan Nabi adalah perjuangan yang dikelilingi oleh kesusahan demi kesusahan dan para sahabat yang mengikuti Nabi ketika itu bertambah secara mendadak iman mereka disebabkan As-Syiddah yang mereka hadapi.

Setiap kali ditimpa as-Syiddah pergantungan Nabi dan para sahabat kepada Allah semakin kuat serta mereka menyerahkan diri secara total kepada Allah Taala sebagaimana Firman Allah Taala dalam surah surah al-ahzab ayat 22 :

Maksudnya :

Dan pada masa orang-orang Yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah Yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada Kami dan benarlah (Apa Yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". dan (angkatan tentera musuh Yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. ( 33 : 22)

Selagi mana nyawa di kandung badan maka selagi itu kita akan berdepan dengan dua keadaan ini yang menuntut kita untuk mengolah setiap ujian ini dengan baik berdasarkan iman yang ada. Sama ada kita berdepan dengan hasanat mahupun as-Syiddah maka gunalah iman untuk mengolahnya. Iman itu sangat berguna apabila kita diuji oleh Allah Taala kerana dengan imanlah kita mampu membawa diri menjadi individu yang sentiasa bersyukur dan mengharapkan RahmatNya.

Lebih baik kita diuji sewaktu hidup di atas muka bumi ini berbanding ujian yang di akhirat kerana seberat mana ujian di dunia ia akan berakhir akan tetapi jika diuji dengan kesusahan di akhirat ia terlalu dahsyat untuk ditanggung
.


Thursday, January 7, 2010

Da cUkUp uMUr.......



Salam ukhwah sahabat fillah...
Tanggal 4 Januari 2010 genaplah usia @LoNg 21tahun..
>moga @LoNg sentiasa di rahmati olehNya
>truskan perjuangan selagi hayat d kandung badan
>semoga istiqamah dalam perjuangan
>jangan tension2 ye @LoNg, idup kne ceria
>moge jadi insan yg berjaye dunia akhirat

aLL da bEz.....

Monday, January 4, 2010

BERPEGANG KEPADA KEBENARAN”

Pada suatu hari, telah berlakunya kejadian gerhana matahari yang menggemparkan masyarakat Arab. Walaupun gerhana itu terjadi pada waktu tengahari, orang ramai dapat melihat bintang-bintang berkelipan. Suasana menjadi haru-biru kerana tiada sesiapapun yang pernah melihat keadaan yang ijaib ini ataupun mendengarnya daripada nenek moyang penduduk di situ sebelumnya. Semua penduduk di situ berbisik antara satu sama lain. Mereka menyangka telah berlakunya suatu malapetaka ke atas dunia ini disebabkan seseorang yang dikasihi Allah telah meninggal dunia. Sedang mereka asyik berbual, tiba-tiba seorang lelaki telah mencelah dalam perbualan itu dengan mengatakan anak Rasulullah iaitu Ibrahim telah meninggal dunia.

Lantaran daripada berita kematian itu, masyarakat Arab menyangka bahawa peristiwa itulah yang menyebabkan terjadinya gerhana matahari. Seorang lelaki telah menambah perbualan itu dengan mengatakan jika Rasulullah bukanlah pesuruh Allah yang benar, mengapa Allah menjadikan kejadian yang luar biasa itu sewaktu peristiwa kematian anak baginda? Kabanyakkan orang bersetuju dengan pendapat itu. Perkara tersebut telah sampai ke pengetahuan Rasulullah.

Jika Rasulullah mendiamkan diri, sudah tentu pendudukyang bukan beragama Islam dan musuh-musuh baginda akan berpusu-pusu untuk memeluk agama Islam. Tetapi Rasulullah tidak mendiamkan diri. Baginda tidak sedikit pun cuba mengambil kesempatan terhadap kejadian yang berlaku. Sebaliknya baginda berasa amat kecewa dengan kepercayaan karut mereka.

Dengan itu, Rasulullah telah mengumpulkan penduduk di situ dan bersabda: “Mtatahari dan bulan, adalah tanda-tanda kekuasaan Allah. Atas arahan-Nya, mereka terbit dan bergerak. Gerhana matahari dan bulan tidak ada kaitan dengan kehidupan atau kematian seseorang. Jika kamu menyaksikan kejadian seperti ini, ingatilah Allah dan kerjakanlah solat”