There was an error in this gadget

Friday, March 30, 2012

Thursday, March 29, 2012

indahnya bahasa...=)

ISTIMEWA BUAT REMAJA YANG BELUM BERUMAH TANGGA...

Tak mampu kudustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota, takutkan Ilahi.

Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia. (Al-An’am: 116).

Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.

Kuberazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.

Kuingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan bernama suami,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
4 Ogos 2011

Wednesday, March 28, 2012

cukup lah sampai di sini....

suatu hari, terdetik di sudut hatiku "sampai bila aku ingin begini?"
fuhhh apa je yang aku x buat,semuanya pernah aku buat...
bahagia sungguh hidupku ini...
tapi...dalam bahagia,aku kosong...
ade "empty space" kat hati aku ni...

konfius...pening toi pikir...
aku fikir dan fikir dan fikir...
aku tengok jam,aduh cepatnye mase berlalu..
tadi baru je pukul 9 pagi,tup tup dah pukul 3 petang...
ape je yang aku buat dalam 6 jam ni...
rase macam baru setengah jam terbaring atas katil ni...
macam x percaya je...
dan yang membuatkan aku x percaya,umo aku dah 27 wooo...
dan kalola aku mati jap ag, agak2nye ape la bekalan yang aku ade?
-da la quran x lancar,sangkut-sangkut ag,tu pun culas nak bace...adoiii
-solat pun tenggelam timbul,kadang-kadang macam terpakse je..huhh
-puasa x abis ganti lagi...banyak kot...
-baju sume kecik2,bukan x mampu, ikut trend la katekan..dah mati pakai kapan gak..

aku dah la anak sulong...
sian kat mak abah aku...
dorang dah tua,aku yg patut jaga depa...
tapi aku plak dok nyusahkan depa...
dah lah x kije,kawen pun tak lagi...
belajar takat spm ja..
betoi la org dok kata "muka huduh xpa,janji perangai baik,akhlak jernih"...
aku plak??

tapi sampai bila aku nak jadi laguni?
sempat ke aku bertaubat sebelum mati nanti?
ish...susahnye...
tokleh jadi macam..
dah la lelaki sekarang byk yg xboleh caye,sape nak bimbing aku nanti...

aku rase cukup sampai sini kot aku jadi macam ni..
kesian no kat diri aku...
xsanggup kene panggang dalam neraka...panas kot...
nak jugak aku balas jasa mak ayah aku...
tapi apa yang aku kene buat ye?
baik aku draf siap-siap...
semoga Allah membimbing aku kepadaNya...



Wednesday, March 21, 2012

boling oh boling....

teringat kisah aku,dia dan boling...
first time aku main boling,dengan dia..
mase tu aku turun s.alam...
disebabkan kami da terpisah jauh,akan ku ambil sedikit masa menziarahi dia di sane..
aku suka beraktiviti dengan dia...
walaupun first time aku main boling,tapi disebabkan dia suka boling,jadi aku semangat nak cube...
sape sangka "strike" sekali kot...hahaha
mmg best kalo kita dpt beraktiviti dgn insan yg istimewa pada kita...
tanpa kita sedar,walaupun benda yg paling kita x suke kita akan suke bila dia suke...
banyak kot yg berubah pada aku...
mcm da terbalik sikap aku dengan dia...
tapi aku tetap sayang dia lebih...
dialah sahabat aku,adik aku,teman aku buat selamanya...
kita x boleh paksa dia sayang kita...
dia juga mungkin ade orang lain untuk disayangi...
tapi sekarang da dekat 5 bulan aku xjumpa dia...
macam mane la dia kat sane...
nak je aku terjah dia kat sane,tapi dia sibuk,kalo aku g pun,dia xde mase nak layan aku...
"Ya Allah,berilah aku kesempatan untuk berjumpa dan menjaganya walaupun sekejap cuma"

~yg merindui teman sejati~
..............a-s-a-k-a.................

Monday, March 19, 2012

sAhAbaTkU..

TAHNIAH
&
TAKZIAH
atas taklifan yang di terima..
moge Allah memberkati kalian..

Saturday, March 17, 2012

Friday, March 16, 2012

usai sudah ku membaca "Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul"...
panduan membina mahligai kasih idaman....
terkesan aku dengan perkongsiannya...
betapa indahnya andai mahigai yang terbina atas dasar iman dan taqwa...
Allah di dahulukan dalam setiap perkara...
andai dibiarkan nafsu bermaharajalela pasti kita menempah neraka...
oleh itu,kawallah nafsu dengan ilmu dan amal...
ilmu mengenal Tuhan yang Esa...
imu mengenal Pencipta rasa...
yang meletakkan perasaan kasih dan cinta di hati kita...

~sajak aminah qutb buat bakal suami~

sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,
tetapi sekiranya kita mencintai Allah,
kita akan turut mencintai orang yang meabuhkan cintanya kepada Allah jua.
Ya Allah,
andainya dia jodohku,
yang ditetapkan olehMu kepadaku,
maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah keranaMu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah keranaMu.
namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.

~ayuh bersama memantapkan fardu muslim sebelum melangkah ke gerbang baitu muslim~
andai pincang fardu muslim,akan goyahlah baitul muslim yang dibina...

...mencari redha Ilahi...
~syifahakimi~


Wednesday, March 14, 2012

Coretan khas buat kak Emma Raudhah

coretan khas buat kakakku yang tersayang...
rasa rindu sangat pada akak..
teringat kisah dulu-dulu sejak di hari pertemuan kita sehingga kini...
terasa cukup indah saat2 yang berlalu itu...

kakakku Emma Raudhah...
hanya doa yang mampu ku titipkan buatmu..
semoga kau berjaya dalam membina baitul muslim idaman semua...
sesungguhnya aku amat mencemburuimu kak emma...
cemburuku kerana dirimu dapat berbakti kpd seorang pejuang agama..
cemburuku kerana dirimu terlebih dahulu menyempurnakan sebahagian dari agamamu...
cemburuku kerana kau bakal menjadi sayap kiri mujahid muda...
cemburuku kerana kau mampu melawan hasutan dunia...
semoga kau bahagia hingga ke syurga...

maaf kerana diriku tak mampu hadir melihatmu..
walaupun hati ini meronta-ronta ingin kepadamu...
hanya Allah yang tahu rasa ini...
kerana ku tak yakin ingin pergi seorang diri tanpa teman...
kerana ku takut akan fitnah kepada islam...
keranaku ingin menjadi sepertimu...kakakku..

akhir kalam dariku buatmu...
~walaupun diri ini tidak ade disampingmu di saat hari bahagiamu,ketahuilah di saat dan ketika itu,aku sedang mendoakan kebahagiaanmu...
~walaupun diri ini tiada disisimu di saat lafaz sakinah dizahirkan,ketahuilah rohku ade bersamamu...
~i really2 miss you...Allah sedang menguji kita,tanda sygNya pada hamba-Nya..
~saat ini airmata x dapat di seka kerana rindu dan kasih kita kerana Dia telah membara...
~semoga kita dapat ketemu secepatnya...insyaallah...

with love......
~syifahakimi~

kasihku dalam diam...

Di sudut sepi,
Aku termenung sendiri,

Hati bertalu lontarkan pertanyaan,
Otak ligat mencari jawapan.

Hati ini telah dicuri,
Hati ini dipaut sepi,
Aku gusar ianya satu dosa,
Mencintainya tika aku mencari keredhoanNya.

Ya Allah,
Berkali engkau pertemukan kami,
Berlalu berselisih bahu sudah selalu,
Engkau tetapkan kami di suatu tempat,
Namun peluang itu kami masih asing.

TakdirMu melebihi segalanya,
Kami bertemu jua akhirnya,
Mula berkenalan dan jatuh hati,
Ianya berlaku tanpa kami minta,
Ianya jauh tersimpan di sudut hati.

Aku merindui, aku menangisi,
Aku mengadu padaNya memohon kekuatan,
Mencintai dalam diam amatlah perit,
Rasanya seperti ditoreh dengan belati.

Dia menolak aku dengan sopan,
Mencari cintaMu dahulu sebagai alasan,
Aku tersenyum walaupun terkilan,
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.

Aku bersyukur dengan rasa ini,
Aku bersyukur dipertemukan dengan dia,
Dia membuat aku mencariNya,
Dia membuat aku lebih cintakanNya.

Hatiku tenang saatku mengadu padaNya,
Sesungguhnya Dia sebaik-baik pendengar,
Andai dia jodohku,
Pertemukan kami semula bila tiba masanya.

Amin.

untuk adam..

Adam itu.
Kalau ada perempuan yang tidak balas salamnya, dikata sombong.
Adam itu.
Kalau ada perempuan yang diam bila ditanya, dikata berlagak.
Adam itu.
Kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.
Adam itu.
Kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek.

Adam....
Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri?
Perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah?
Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?
Atau..
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefon tidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah?
Ini kah calon mu wahai Adam?
Ketahui ini wahai Adam,
Sungguhnya, perempuan itu manja.
Suka dibelai.
Suka dikasih.
Namun, Adam.
Tahu apa erti batas pergaulan?
Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek.
Kerana,Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauh dari kehinaan.
Kerana perempuan itu fitnah dunia.
Perempuan itu fitnah bagi kamu.
Adam,Perempuan ini insan yang lemah.
Jangan kau cemar imannya.
Jangan kau rosakkan mujahadahnya.
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi.
Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya.
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.
Adam,Andai kau kasih dan sayang pada perempuan.
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana.
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doa buat mereka.
Doa buat dirimu.
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.
Kerana Adam adalah pembela Hawa

Tuesday, March 13, 2012

sebuah janji~Fatimah Syarha

tarikh keramat itu,
mengikat sebuah janji,
walau x pernah bertemu,
walau tak pernah mengenali.

kerna yakinkan agamaku,
kau melangkah datang,
kerana yakinkan agamamu,
janji ini kuserah.

ku tertunduk malu-maluan,
kau tersipu dalam senyuman,
dua keluarga duduk berhadapan,
merancang sebuah penyusunan.

hari-hari pertunangan melewati,
bumi kenyalang kau redahi,
bumi damsyik kujejaki,
memburu ilmu demi reda Ilahi.

terpisah jauh dua hati,
lautan dan benua merentangi,
tak ternoda ikatan dek murka Ilahi,
mempertahankan kesucian hakiki.

masa terus memintas kita,
kau berjuang di dunia kerjaya,
diriku berjuang di medan sarjana.,
sama bernaung di ibu kota,
namun syariat tetap dipelihara.

Ya Allah,
kuatkanlah kami bermujahadah,
mendamba cinta-Mu yg terindah,
cinta manusia hanyalah wasilah,
menagih rahnat dan maghfirah.

Ya Allah,
jangan biarkaikatan kami di cemari,
dengan maksiat nan keji,
permudahkanlah urusan kami,
memeterai sebuah janji.

Monday, March 12, 2012

Jatuh Cintaa

jatuh cinta...
ya,aku sudah jatuh cinta...
cintaku kepadanya membuatkan aku tidak sanggup berpisah darinya..
cintaku kepadanya membuatkan aku rela korbankan segalanya...
tidak akan ade yang lain di hatiku selain dia...
membuatku teringatkan dia setiap masa...
aku x kisah dipandang hina oleh manusia lain,janji bukan dia..
kerana dia lebih memahamiku dalam setiap perkara...
tiada yang lebih bahagia daripada mencintainya..
doaku agar dapat kembali pada dia dalam keadaan yang baik..

Ya Allah,pimpinlah aku kepadaMu...


Sunday, March 11, 2012

membina cintaaa...

Mengapa orang berkahwin ? Kerana mereka jatuh cinta.

Mengapa rumah tangganya kemudian bahagia?

Adakah kerana mereka masih jatuh cinta? Tidak.Tetapi kerana mereka terus membina cinta.

Jatuh cinta itu mudah, dalam masa 10 minit juga boleh. Tetapi membina cinta itu sangat susah, perlukan waktu seumur hidup.

Mengapa jatuh cinta mudah ? Kerana saat itu kita buta, bisu dan tuli terhadap keburukan pasangan kita.

Tetapi sewaktu memasuki alam perkahwinan, tiiada yang dapat ditutupi lagi. Tinggal bersama 24 jam sehari 7 hari dalam seminggu, semua belang tersingkap..

Disinilah terletaknya perbezaan jatuh cinta dan membina cinta. Jatuh cinta dalam keadaan menyukai. Namun membina cinta diperlukan dalam keadaan jengkel. Dalam keadaan yang jengkel, cinta bukan lagi wujud dalam bentuk pelukan, melainkan berbentuk iktikad baik memahami konflik dan bersama-sama mencari penyelesaian yang dapat diterima semua pihak.

Cinta yang dewasa tak menyimpan rahsia, walaupun mengenai hal sensitif untuk diungkapkan. Namun sepeka apapun masalah itu perlu dibicarakan agar kejengkelan tak berlarutan.

Syarat untuk berjaya dalam pembicaraan adalah kita dapat saling memahami perasaan. Jika suami isteri saling mementingkan perasaan sendiri, mereka akan saling melukai. Jika dibiarkan berlarutan, mereka akan saling memusuhi dan rumah tangga sudah berubah bukan lagi sebagai syurga tetapi neraka.

Apakah keadaan ini masih boleh diperbaiki?

Tentu saja boleh, jika masing-masing mengingati kembali komitmen awal kita dulu, apakah masa dulu kita ingin mencari teman hidup atau musuh hidup. Kalau memang mencari teman hidup kenapa sekarang malah bermusuhan?

Mencari teman hidup memang dimulai dengan jatuh cinta. Tetapi sesudah itu, cabaran terbesar adalah membangun cinta. Bererti mendewasakan cinta sehingga kedua pihak dapat saling bermuhasabah, berunding, menghargai, berkongsi rasa, menopang, setia, mendengarkan, memahami, mengalah dan bertanggung jawab.

Jatuh cinta? Tidak salah. Tetapi cinta lepas kahwin itu lebih baik dan indah kerana kita terus dapat membangunkan cinta..



kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/antara-jatuh-cinta-dan-membina-cinta/#ixzz1omgnjfIA

Thursday, March 8, 2012

Bermadu...

apabila disebut tentang berMADU...
rata-rata wanita menolaknya...
tak ingin berkongsi kasih...
takut dicop tak reti menjaga suami...
terasa diri hebat cukup sempurna untuk suaminya...
rase tercabar kerana di duakan...

sebenarnya...
Allah sangat sayang pada kita,melebihi sayang kita pada suami kita...
Allah lebih tahu apa yang kita perlukan melebihi apa yang kita tahu...
Allah inginkan kita lebih hampir kepadaNya...
kasih Allah dalam setiap ketentuanNya..

sedar tak kita bahawa...
Allah menambahkan seorang lagi teman perjuangan kita mencapai redhaNya...
Allah memberi seorang lagi insan untuk menjaga suami kita...
Allah memberi peluang untuk kita membina baitul muslim yang lebih besar...
peluang untuk kita mendidik lebih ramai mujahid dan mujahidah islam...

bermadu itu satu ibadah andainya bermatlamatkan redha Allah...
bermadu itu amat indah andainya kita tahu menghargai pemberian Allah...
bermadu itu satu ujian yang mendekatkan kita dengan Allah...
tanda kasih sayang kita pada suami tercinta..

pernah saya terbace satu kata2 bahawa...
si isteri tidak boleh cemburu sekiranya suaminya menyukai wanita lain kerana dia berhak memiliki lebih dari seorang isteri...
tetapi si suami kene cemburu sekiranya isterinya rapat dengan lelaki lain...

teringat juga kepada kata-kata prof masri...
dihatinya hanya ada Allah...
suaminya hanya di genggamannya...
jika terlepas dari genggaman,dia masih ada Allah yang dicintai..
janganlah kita takut andai diuji dengan kehilangan insan,kerana ianya hanyalah pinjaman semata..

sedarlah wahai perempuan bahawa suatu hari nanti kita akan di madukan...
jika bukan dimadukan oleh insan,kau pasti akan dimadukan dengan dakwah...
ayuh ramai-ramai lapangkan dada,positifkan diri...
ramai muslimat2 di luar sana memerlukan penyelamat demi meneruskan perjuangan dakwah ini..
bukan setakat lelaki yang perlu menyelamatkan mereka,tapi kita juga bertanggungjawab...

semoga Allah kurniakan kita peneman yang setia membawa kita ke syurgaNya...
Ya Allah,kurniakanlah kami imam yang dapat memimpin kami kepadaMu...
hidup dan mati kami keranaMu...
~lapangkan hati,ikhlaskan niat~
...islam dan perjuangan...

syifahakimi

Buta,Bisu,Ketawa Dan Menangis

Bila aku jalan orang kata aku buta
Bila aku diam orang kata aku bisu

Bila aku ketawa orang kata aku gila
Bila aku menangis orang kata aku dah buang tabiat agaknya

Tapi, aku memang buta..
Buta dari melihat harta dunia
Buta dalam mencari cintaNya
Buta demi mendapatkan keredhaanNya
Buta sebab menangis kerana dosaku Padanya

Aku memang bisu pun...
Bisu dari kata-kata yang sia-sia
Aku bisu dari kata-kata yang palsu
Aku bisu dari cinta yang mengikut hawa nafsu
Aku bisu dari mengumpat orang tidak menentu

Aku suka sangat ketawa...
Sebab ketawa pengubat hatiku yang luka
Dengan ketawa aku menjadi gagah perkasa
Dengan ketawa aku menutupi kesedihan dan buat orang bahagia
Dengan ketawa aku dapat membuang segala amarahku pada manusia

Tapi.. Bila aku menangis.
Aku sedar taraf aku dimana
Aku sedar aku hidup untuk siapa
Aku sedar aku akan mati juga akhirnya
Dan aku sedar tempat kembaliku dekat kubur juga
Aku sedar yang cinta dunia tak akan kemana-mana.

- Artikel iluvislam.com

Wednesday, March 7, 2012

Lepaskan egomu...

setiap manusia pasti tidak akan terlepas bermain dengan ego...
amat sukar untuk kita mengaku kesilapan diri...
amat sukar untuk mengaku yang diri ini banyak kekurangan...
amat sukar untuk mengaku dosa berbuku-buku...
TAPI sangat mudah melafazkan I LOVE YOU...
itulah kita bernama manusia...

kenapa begitu tinggi ego aku sampai aku tidak sedar bahawa ego aku itu akan menjatuhkan aku di hadapan Allah,membawa aku ke jalan menuju neraka Allah...
aku sedar bahawa apa yang aku lakukan tu salah...
sudah ramai sahabat handai yang menegur aku...menasihati aku...berbisik kepadaku...
tapi...kerasnya hati ini untuk menerimanya...
terasa hebat sgt diri ini sehingga tidak takut dihisab segala dosa...
terasa hebat diri ini sampai masa dibuang sia-sia...
terasa hebat bermain kata-kata...

astaqfirullah...astaqfirullah...astaqfirullah...
Allahu Rabbi...
lembutkanlah hatiku...
berilah aku kefahaman dalam agamaMu...
bimbinglah aku dalam menuju jalan kepadaMu...
jauhkanlah aku dari melakukan perbuatan yang sia-sia...
kurniakanlah kpd kami hidayahMu...
hanya kepadaMu aku memohon.....
aamiinn Ya Allah....

Tuesday, March 6, 2012

Perubahan itu perlu

"jika kita gagal untuk merancang,maka kita sebenarnya merancang untuk gagal"

benarkah?

ayuh kita bermuhasabah...
1~pernah x kita failed jawab kuiz atau test kerana study last minit?
2~pernah x kita tertinggal barang yang penting di rumah @ asrama kerana lewat ke kelas @ ke tempat kerja?
3~tidak sempat menggosok baju ke kelas @ tempat kerja kerana terlewat bangun?
4~pernahkah kita terpaksa berjaga sampai pagi untuk menyiapkan tugasan yang akan dihantar esok harinya?

pernahkah kita melaluinya pada zaman persekolahan? mungkin sekarang juga?

dan kesannya pada diri kita:
1~study tak dapat perform dengan baik..
2~terpaksa penat pada hari itu @ dimarahi guru @ bos
3~muka tebal seinci kerana berjaya menarik perhatian org sekeliling dengan imej entah ape-ape tu
4~jaga panda yang paling cun @ hensem n markah cukup2 makan je...

experiment telah dijalankan dan keputusan telah dipaparkan...
hanya orang-orang yang bijak akan mengambil pengajaran akan pengalaman silam @ pengalaman orang lain..

pilihan di tangan kita..
sayangi diri,keluarga dan agama...

~syifahakimi~

Perubahan itu perlu

andainya kita sedar bahawa...
kita muda sebelum kita tua...
kita kaya sebelum kita miskin...
kita lapang sebelum kita sempit...
kita sihat sebelum sakit...
kita hidup sebelum mati...

sedarkah kita bahawa masa untuk berubah itu masih ada?
tapi ape yang perlu kita ubah ye?

1.hati kita
~daripada lebih cintakan dunia,maka lebihkan cinta kepada akhirat.
2.diri kita
~daripada suka membazirkan masa,maka jadilah pencinta masa yang peka akan setiap saat yang berlalu.
~daripada menjadi org yang suka mengkritik,maka berubahlah kepada seorg yang selalu muhasabah diri.
~daripada seorang yang negatif kepada seorang yang positif

"tiada orang yang dapat mengubah diri kita selain diri kita sendiri yang inginkannya"


Monday, March 5, 2012

keberkatan Ilahi

mana mungkin kejayaan yang kita miliki ini adalah kerana kepandaian kita...
mana mungkin kegagalan hari ini kerana kebodohan kita...

kejayaan @ kegagalan itu milik Allah..
hanya Dia yang berhak memberikan apa yang dikehendakiNya..
kita sebagai hambaNya laksanakanlah setiap suruhanNya..

menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan untuk memastikan hidup kita seimbang dunia dan akhirat..
tanpa ilmu,kita ibarat berjalan dalam kegelapan...
meraba-raba mencari halatuju yang belum pasti..
apa sahaja yang melintasinya,ia akan mengikutinya..
andai yang dicapai adalah jalan menuju ke syurga,Alhamdulillah...
andainya yang dicapai adalah jalan menuju ke neraka,amat kasihan dirinya...

dalam menuntut ilmu,bukan Gred atau pointer yang di cari...
tapi kefahaman dan keberkatan dalam setiap zarah-zarah ilmu yang kita pelajari...
apabila diuji,ramai yang bersyukur dan lebih ramai yang tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan...

bersyukur="Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah atas nikmat kejayaan/atau kegagalan yang Engkau berikan.berilah kefahaman kepadaku akan ilmuMu dan berkatilah ia"

tidak bersyukur="tak sia-sia aku study siang malam,wat latihan banyak-banyak.memang patut pun aku dapat straight A,dapat dekan...hehehe"

namun begitu,kejayaan yang hadir adalah sia-sia tanpa keberkatan Ilahi...
andainya:-
1~solat kita tidak utamakan.sering melengahkan masa kerana Study...
2~cara belajar kita yang menyebabkan kita lupa akan Dia..(cth:mendgr muzik yang melalaikan,study berdua-duaan lelaki dan perempuan)
3~study bukan dengan niat kerana Allah Taala.
4~menjadi pelajar yang tidakmenghormati gurunya.
5~belajar tanpa menutup auratnya.
6~belajar kerana dunia.

berusahalah dalam mencapai rehda Ilahi...
dalam setiap keberkatan yang Allah kurniakan akan membawa kita semakin hampir kepadaNya...
janganmemberi alasan mengapa hidayah itu tidak hadir pada kita, andainya kita sendiri yang tidak berusaha memohon kepada pemilik mutlaknya...

*mohon teguran andainya ada kesilapan dalam menulis...syukran
~syifahakimi~
FOKUS!!!

Betul pada NIAT...
Betul pada CARA...

"Matlamat Tidak Menghalalkan Cara"

Sunday, March 4, 2012

wink...wink...wink...

kangen bangat sama kamu...lama udah tidak ketemu...
jaga diri, jaga hati
(",)
A~S~A~K~A





Bahagiakan Hatimu...

semester baru telah bermula...semester ini lebih mencabar buatku kerana banyak perkara baru yang aku akan lalui...tempat baru...suasana baru...dan kawan2sekeliling yang baru...bagaimana aku akan menghadapinya...berat sekali terpaksa berpisah dengan sahabat2 yang dicintai di machang...apatah lagi dengan sahabat2 jengka yang hampir setahun ku tingggalkan...
cukup bermakna berada 3 tahun di jengka,1 tahun di machang dan kini aku akan menghabiskan 2 tahun umurku di kampus kota bharu...

tiada lagi suasana permai di sekelilingku...tiada lagi kolam dan tasik yang aku boleh datangi...tiada lagi ladang yang luas untuk aku terokai...mulai hari ini, bangunan-bangunan yang berlapis-lapis akan ku jejaki...lorong-lorong yang memuatkan kenderaan yang akan aku melintasi..

namun begitu,Allah Maha Adil,Allah Maha Bijaksana....tarbiyahnya bukan sekadar setempat cuma,tapi segenap sudut rahsiaNya...tarbiyahNya bukan satu cara,tapi pelbagai cara dan suasana...

bahagiakanlah hatimu...

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?"

semuanya adalah nikmatNya yang sangat berharga...jangan sesekali kau goyah dalam menghadapi ujianNya kerana Dia sentiasa bersamaMu,menyayangiMu...hadirNya dalam tawa,tangis dan esakkan...letakkan Dia dihatimu..peneman yang sangat setia...setianya seorang sahabat,mungkin sementara tanpa izinNya...

walau di manapun engkau berada..ingatlah bahawa itu agenda aturanNya...yang lebih memahami jiwamu..yang lebih tahu akan keperluan hati dan jasadmu...
teruskan berjuang sekalipun terbuang...=)