Thursday, November 12, 2009


CINTA ITU CAHAYA SANUBARI,

KURNIAAN TUHAN PADA INSANI…

Cinta ibarat kupu-kupu.

Makin kau kejar, makin ia menghindar.

Tapi, bila kaubiarkan ia terbang, ia akan

menghampirimu di saat kau tak menduga.

Cinta mampu membahagiakanmu

tapi sering pula ia menyakiti,

Tapi cinta itu hanya istimewa

apabila kau berikan cinta

kepada seseorang yang layak menerima.


Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN...

Cinta bukannya mencari seseorang yang

"SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang

yang mampu menjadikan dirimu sempurna.


Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...

Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!"

bila kau tidak benar-benar peduli.

Jangan bicarakan soal perasaan

bila itu tidak benar-benar ada.

Jangan kau sentuh hidup seseorang

bila kau hanya berniat main-main dengannya.

Jangan menatap ke dalam mata seseorang

bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan.

Hal paling kejam yang dilakukan ialah

membuat seseorang jatuh cinta,

sedangkan kau tidak berniat langsung

"UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.


Kepada yang PATAH HATI...

Sakit... luka… hancur.. patah hati...

bertahan selama kau menginginkannya

dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya.

Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu,

tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati

sebagai pengajaran dan hikmahnya.



Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...

Bagaimana kalau jatuh cinta?

Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus.

Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil.

Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna

tidak boleh meminta apa-apa.

Bersedialah untuk terluka dan menderita,

tetapi jangan simpan semua rasa sakit

jika itu yang benar-benar dialami.





Kepada yang ingin MENGUASAI...


Hatimu patah melihat orang yang kau cintai

berbahagia dengan orang lain,

tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui

bahawa orang yang kau cintai ternyata

tidak bahagia dengan mu.





Kepada yang takut MENGAKUI...

Cinta menyakitkan bila anda

putuskan hubungan dengan seseorang.

Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang

memutuskan hubungan dengan mu.

Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila

Orang yang kau cintai langsung tidak

mengetahui perasaanmu terhadapnya.



Kepada yang masih bertahan

MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...

Hal menyedihkan dalam hidup ialah

bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta.

Kemudian akhirnya menyedari bahawa

dia bukanlah jodohmu dan kau telah

mensia-siakan masa bertahun-tahun

untuk seseorang yang tidak layak.

Kalau sekarang dia sudah tidak layak,

10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak.

Biarkan dia pergi dan lupakan..

MENGAWAL STRESS

Masalah di tempat kerja, kesesakan lalulintas dan kesibukan melayan kerenah anak – anak di rumah amat memeningkan kepala. Kadangkala tension jadinya. Dalam erti kata lain, anda sebenarnya mengalami stress atau tekanan.

Stress merupakan penyakit emosi yang tidak dapat dipisahkan di dalam kehidupan kita. Pada umumnya, stress ialah ancaman terhadap individu. Ia lahir daripada perubahan luaran atau dalaman yang melebihi keupayaan individu untuk mengendalikannya sehingga menjejaskan kehidupan harian.

Menurut Dr. Anisah Omar dari Jabatan Psikiatri, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) ketika membentangkan kertas kerja mengenai stress dalam Program Wacana Wanita di Yayasan Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur baru – baru ini kita tidak dapat lari dari masalah tekanan, tetapi kita perlu tahu cara mengawalnya agar tidak menjejaskan kehidupan.

TANDA – TANDA STRESS

Tanda – tanda stress boleh dibahagikan kepada empat iaitu fizikal, psikologikal, tingkah laku dan sosial.

TANDA FIZIKAL

1. Sakit kepala.

2. Cepat penat, lemah, letih, tidak bermaya dan banyak berpeluh.

3. Berdebar – debar, sakit dada, sesak nafas seolah – olah sakit jantung.

4. Cirit – birit, kerap buang air dan mudah mendapat penyakit fizikal seperti asma, sakit jantung, darah tinggi dan diabetis.

5. Penyakit kulit dan kanser. Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan keadaan pesakit bergantung kepada turun naik emosi. Penyakit barah misalnya, lebih cenderung mengalami stress. Kajian juga menunjukkan sesiapa yang mengalami stress yang tinggi, mati dalam usia yang muda.

TANDA PSIKOLOGIKAL

Tension, tidak tenang, risau, resah, murung, sedih, cepat marah (moody) dan cepat bosan.

TANDA SOSIAL

1. Hubungan antara suami, isteri, jiran dan rakan sekerja yang terjejas.

2. Penyalahgunaan dadah.

3. Menghisap rokok secara berlebihan.

4. Kemalangan.

5. Selalu ponteng kerja.

6. Produktiviti merosot.

PUNCA – PUNCA STRESS

Keadaan Fizikal

1. Persekitaran yang kotor, bising, sesak sama ada di rumah atau di tempat kerja.

2. Penyakit fizikal seperti penyakit jantung.

Psikologikal

Berlakunya perubahan yang memerlukan penyesuaian seperti :

1. Perubahan tempat kerja seperti majikan, rakan atau persekitaran yang baru.

2. Memulakan alam rumahtangga.

3. Kehilangan orang yang tersayang atau harta benda.

4. Berasa tercabar atau terancam. Contohnya, lambat datang kerja menimbulkan perasaan takut dimarahi bos, bersalah terhadap dosa yang dilakukan atau gagal penuhi cita – cita.

STRESS DI TEMPAT KERJA

Kebanyakan mereka yang mengalami stress terdiri daripada golongan yang bekerja. Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan stress. Antaranya :

1. Pekerjaan yang terdedah kepada kecederaan dan keselamatan.

2. Beban kerja terlampau banyak.

3. Bekerja dalam tempoh yang panjang.

4. Terlibat dengan oarang ramai seperti jururawat dan doktor.

5. Hubungan antara organisasi. Contohnya, tidak boleh menyesuaikan diri dengan rakan sekerja dan adakalanya bertentangan dengan peribadi, kepercayaan atau agama.

6. Konflik peranan.

7. Kekaburan tugas.

8. Sikap ketua di tempat kerja.

Namun, buakan semua orang yang menghadapi stress akan mengalami kesan yang sama. Tindak balas terhadap stress bergantung kepada personaliti seseorang itu. Antara personaliti tersebut ialah:

Personaliti A

Personaliti ini banyak dikaitkan dengan penyakit yang berkaitan dengan stress seperti jantung dan darah tinggi. Biasanya seseorang yang mempunyai personaliti A bercita – cita amat tinggi, motovasi diri yang tinggi, kuat bekerja, selalu sibuk dan cemas serta sentiasa mementingkan kerja manakal hal – hal lain adalah tidak penting.

Golongan ini banyak mneghabiskan masa untuk bekeja tanpa fikirkan keseronokan. Golongan ini juga kurang mempunyai hubungan dengan orang lain. Mereka selalunya tidak dapat menerima kegagalan.

Personaliti B

Individu yang tenang, membuat kerja satu persatu, tidak terburu – buru mempunyai ekspektasi yang realistik dan boleh menerima kegagalan. Golongan ini boleh mengendalikan stress dengan baik,

Personaliti Bimbang

Individu yang mudah risau dan tension dalam apa jua keadaan walaupun hanya melibatkan perkara kecil.

Personaliti Tidak Asertif

Individu yang berpesonaliti seperti ini biasanya tidak selesa meluahkan perasaan marah, tidak seronok atau tidak suka. Lebih suka memendam perasaan dan tidak selelsa menerima pertolongan orang lain serta menanggung segala beban sendiri. Golongan ini juga tidak boleh mengatakan tidak.

CARA MENGENDALIKAN STRESS

1. Sokongan Sosial daripada keluarga, rakan sekerja dan ketua.

2. Mengubah persekitaran, tindakbalas dan persepsi. Kenal pasti tempat baru yang akan dituju agar dapat mengurung stress.

3. Menanam tabiat yang dapat meningkatkan rintangan terhadap stress. Contohnya, mengamalkan cara hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang, mengimbangi kehidupan kita dan melakukan kerja secara tenang.

4. Ambil masalah yang dihadapi secara positif. Contohnya, anggaplah segala musibah yang datang sebagai penghapus dosa. Kesedihan, kesusahan di dunia adalah kegembiraan di akhirat.

5. Meluahkan perasaan dan berkongsi masalah.

6. Mengendalikan perasaan dan masalah secara berkesan.

7. Melakukan sesuatu untuk menghilangkan kebosanan.

8. Membentuk jaringan sokongan yang baik, pengurusan masa, perubahan persepsi dan menerima kenyataan.

9. Mengimbangi aktiviti.

10. Ubahsuai prinsip hidup.

11. Menerima stress sebahagian dari hidup.