There was an error in this gadget

Tuesday, April 27, 2010

Perpisahan satu tarbiyyah

lumrah kehidupan....bertemu dan berpisah pasti akan terjadi selagi mane kita masih lagi bernyawa...putaran kehidupan yg amat sempurna...yg mana setiap makhluk yg bergelar manusia pasti akan merasainya...bermula dengan kelahiran,membesar,melalui usia dewasa,tua dan akhirnya meninggalkan segala-galanya kecuali amal yg menemani pemergian menemui Sang Pencipta...
sesungguhnya pertemuan itu satu nikmat yang sangat besar nilainya,lebih-lebih lagi jika pertemuan itu kerana Allah dan Islam...kerana ianya sesuatu yg terbaik yg diagendakan oleh-NYA(Ya Bariq)...
namun tidak lupa juga dengan perpisahan yg sebenarnya sangat bermakna buat kita semua...kerana ianya merupakan medan tarbiyyah jiwa yg menjadikan kita lebih tabah dan menyedarkan kita bahawa setiap apa yg kita miliki adalah pinjaman dari-Nya...
semuanya adalah pinjaman...abah,ma,abe long,kak ngoh,kak cik,mok su,mok long,kawan ,sahabat,teman,suami,isteri,anak,jiran....tiada suatu pun yg kekal milik kita di dunia ini kerana pemilik abadi hanya lah Allah...semuanya akan pergi meninggalkan kita suatu hari nanti...yg tinggal adalah kenangan kita bersama mereka...
perpisahan bagi along hanyalah ada dua iaitu perpisahan sementara iaitu berpisah di dunia disebabkan tugas dan tanggungjawab dan perpisahan kekal selamanya di mana dipertemukan semula di akhirat kelak (pertemuan yg dinanti)...
jika diungkap sejarah hidup ini,sebenarnya along sangat takut dengan perpisahan...sukar untuk menerimanya...jantung sentiasa dalam kecemasan apabila melihat pak guard datang ke kelas,ye la bagi kami yg tinggal di asrama penuh,pak guard merupakan pembawa berita kematian ataupun kesedihan...kedatangan pak guard ke blok akademik amat menyeramkan...namun,alhamdulillah setelah betul-betul faham "setiap yg bernyawa pasti akan mati dan apa sahaja yg kita miliki adalah pinjaman sementara" along semakin berani untuk menghadapinya...
apabila diri ini semakin matang,barulah along nampak putaran kehidupan tersebut...dari semasa ke semasa kita semakin jauh dari insan-insan di sisi:

1-semasa kita bayi dan belum bersekolah= 24 jam di rumah(bersama mak ayah)...

2-pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah tadika=24 jam-3 jam=21 jam(bersama mak ayah)...

3-mendaftar diri di sekolah rendah=24 jam-7 jam=17 jam(bersama mak ayah)...

4-menjejakkan kaki di sekolah menengah=24 jam-8 jam=16 jam(bersama mak ayah)...

5-masuk universiti=sebulan skali dapat jumpa mak ayah...

6-masa kerja=3 bulan skali pun susah nak jumpa mak ayah...

7-setelah mendirikan rumah tangga bersama insan tercinta=tak tahulah dalam 12 bulan brape kali menjenguk ke rumah...

8-setelah mereka kembali ke rahmatullah...mata tidak lagi dapat bertentangan,tangan tidak lagi dapat berpautan,hanya yg tinggal hanya kenangan yg menjadi peneman dalam ingatan...


sahabat-sahabatku...
kita sebenarnya dah melalui proses tarbiyyah ini,cuma kita tidak menyedarinya...
kita tak tahu bila dan bagaimana ianya berlaku...
ketahuilah setiap apa yg berlaku ini ada hikmahnya...

kini tinggal lagi 11 hari along dapat bersama deqna...
demi cita-cita dan Islam,kami akan berpisah sementara...
smoga Allah memberi ketabahan pada kami melaluinya...

p/s-hargailah setiap insan disisi selagi kita masih ada kesempatan kerana kita pasti akan kehilangannya suatu hari nanti..

Sunday, April 25, 2010

my sweatheart

1-sy suka sgt tengok JARI-JEMARI teman wanita sy,cantik betul. Sungguh! sampai sy takut nak pegang.bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling membantu di suatu hari yg sangat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa...


2-sy suka tengok RAMBUTnya.cantik betul...sungguh! sebab itu sy belikan dia TUDUNG...bukan sebab cemburu org len melihatnya ,tapi sy mahu rambutnya di tutup sampai bila2...takut nanti.....dibakar dek api neraka...di suatu hari di hadapan Yang Maha Pencipta...


3-sy suka tengok BODY teman wanita sy...perhh!!! sungguh! sebab itu sy belikan dia TELEKONG...supaya masa "dating" dengan KEKASIH dia yg utama,dia jauh LEBIH CANTIK dab berseri menghadapNYA...sy pun tumpang dapat pahala...bahagianya...


4-sy sedih sgt bila tengok teman wanita sy tidak tidur, tidak makan sebab RINDUkan sy. sy pun mcm tu juga..si dia tanya"apa ubatnya?" sy pun bagi dia AL-QURAN sebagai PENENANG JIWA...smoga dia cintakan-Nya lebih daripada sy...


5-sy sedih tengok dia selalu pesan mcm2: "makan,minum,jaga diri,dan mcm2 ag...nanti awak sakit,sy juga yg susah hati..." tapi bila tengok wayang sm2,terlepas asar dan maghrib begitu sahaja,dia tak kate satu apa pun....aduh...BERDOSANYA sy!!!


6-sy memang SAYANG sgt pada dia.sy mahu jumpa DIA, bersama dia,cinta secinta cintanya.CINTA YG ABADI di dunia dan BERKASIH SAYANG di akhirat,ber"DATING" di syurga kerana di situlah tempat yg kekal abadi bagi tiap2 insan...


7-doakan kami saling INGAT MENGINGATI,INSAF MENGINSAFI...Ya Allah,ampunkanlah kami...semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya,di dunia dan di syurga nanti...amin...


sy pasti da pasti bahawa setiap insan yg bernama manusia tidak mungkin dapat lari dari perasaan menyukai dan disukai...lumrah kehidupan..terpulang lah pada kita semua sama ada dapat mengawal atau dikawal oleh perasaan sendiri...jika kita berjaya mengawalnya,insya-Allah cinta Ilahi akan menemui kita,tetapi jika kita dikawal oleh perasaan tidak mustahil kita akan tersasar dari landasan syariat...yakin dan percayalah bahawa ajal maut,jodoh pertemuan adalah di tangan Yang Maha Esa...apa yang perlu kita sebagai hambaNya buat ialah memenuhi tuntutan individu muslim kerana sesungguhnya "laki-laki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik,dan sebaliknya..." jatuh bangunnya Islam terletak dibahu kita semua,generasi kini dan akan datang.

Friday, April 23, 2010

ikan oh ikan....

salam sayang buat semua....

banyak x ikan kat atas???
jangan tak tahu, kami pegi memancing petang tadi...seronok...hehehe
da lame tak gi memancing,akhirnya diberi sedikit masa untuk memancing...alhamdulillah...
exam da start, baru satu paper da lepas...ada beberapa paper ag yg menanti...
pas exam terus g memancing...lega rasanya...
tension2 sume da campak lam tasik kat ladang nun...huhuhu
errmmm....tadi g memancing ngan rumate n k.zack
start kul 3.30 ptg n sambung kul 5 pas asar...
yang peliknye, ikan2 kat uitm ni sgt pandai, dorg tak makan cacing2 yang kurus kering yg kitaorang bagi...tunggu punya tunggu punya tunggu x tenggelam2 gak pelampung ...da puas2 tunggu, k.zack pun g la menangguk rezeki yg ada lam tasik kat sebelah tu dgn sauk emasnya...tup2 dapat sekor duo anak udang..apa lagi wat umpan la...hihihi...
tak lame kemudian,,,"tarik!!!tarik!!!cepat tarik!!!dapat da tu...k.zack jerit...tergamam gak kiteorang tengok joran bergegar...apa lagi,rumate pun segera mengangkat...
baru je nak tolong,tiba-tiba.....jeng...jeng...jeng...UFO laaaa...nyaris terlanggar kepala...telek punya telek,laaaaaa ikan ke yg terbang tadi...hihihi...
tinggi betol ikan tu terbang,last-last tersangkut kat atas pokok...dapat ag satu kerja,kene turunkan ikan tu dari pokok...baru sekor...
pastu kiteorg g raudah,solat jap...pastu g mula...
pasni tukar plan nok gi cari port len lak...da sampai,xdak ikan la plak...ape lg u-turn balik moto, gi tempat tadi...kali ni kat tasik sebelah plak...
"ok,kite berpecah...kamu sane..kamu plak situ...akak kat sini" kakak memberi arahan..."baik bos! arahan diterima"...tengah syok2 berzikir,gurp!!gurp!!...
ek eh...tenggelam timbul tenggelam timbul la pelambung...ujar ku...langkah ku susun dengan rapi,perlahan-lahan joran ku angkat,zuppp!!! rembatan kencang ke awan...mengena...alhamdulillah,setelah melalui pertarungan yang hebat,ikan kotak(name x sure,tp makcik cafe kate gtu la) berjaya ditumpaskan...rezeki kami, hari ini dpt menangkap 2 eko ikan untuk juadah makan malam...pas balik,g cafe mintak tolong makcik yg baik hati gorengkan...nyam...nyam...sgt sedap(hou liaw)...

apa lagi,kawan-kawan kat luar tu jom la pakat gi memancing ramai2...mungkin leh wat bbq lak kalo dapat ag banyak ikan pasni...huhuhu...bubbye...wassalam

Tuesday, April 13, 2010

pEr!sT!W@ BeRd@r@H

Pada tanggal 11 April 2010 di suatu tempat di kampus khazanah alam...telah terjadi

satu peristiwa berdarah di mana ayam-ayam yang tidak berdosa menjadi mangsa demi

manusia yang ingin belajar...jumlah peserta yang kira-kira 30 orang telah mengorbankan

20 ekor ayam serta merta...bergurukan ustaz-ustaz iaitu Ustaz Azmi, Ustaz Farid, Ustaz

Naziri, Ustaz Rizal, Ustaz Rashid dan Ustaz Aiza akhirnya misi berjaya dilaksanakan...

antara proses-proses dalam mengorbankan ayam-ayam sehingga memasaknya ialah:-

  1. penyembelihan-dalam proses ini,dengan menghadap ke arah qiblat dan niat kerana Allah,dua urat yang berada di leher ayam perlu diputuskan.jika tidak,ayam akan berstatus bangkai.
  2. celur-proses mencelur ayam di dalam air panas bertujuan untuk memudahkan proses mencabut bulu ayam
  3. cabut bulu ayam-bulu ayam dicabut untuk proses pembersihan.(xkan nak makan ayam ngan bulu-bulu kot...hehehe)
  4. mengeluarkan isi perut-isi perut dikeluarkan.(untuk pengetahuan,urat perut ayam sesuai sebagai umpan untuk memancing)
  5. melayur-step yang seterusnya bertujuan untuk membuang bulu-bulu alus pada badan ayam.
  6. memotong-potongan badan ayam untuk memudahkan kita memasaknya...boleh je nak makan sekor-sekor...ada potongan 8,12,14 dan 16...
  7. masak-last skali, masak lah mengikut citarasa anda...

untuk pengetahuan semua, saya dan rumate telah melaluinya...bagaimana dengan anda-anda di sana??? jangan jeles ye...huhuhu

Friday, April 9, 2010

jEje

pada suatu hari..sedang aku membaca dengan khusyukny...tiba2....

"ADOIIIIII!!!!SAKITNYA...."

terkejut dengan jeritan si hamba Allah, aku bertanya ape yg berlaku.....

???????????????????????????????????

dengan mimik muka yg innesence dia menjawab

"sakittt..nk sikat rambut, tapi terkena JEJE"

JEJE?????????????????????

"Astaghfirullahalazeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeemmmm,sb tu je?"

so, ni ha kawan2, amek petua ni..kalau pcaye try wat, kalau x pcaye pun try jgak wat...


Petua 1

Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.



Petua 2

Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa . Kemudian sapukan ke muka anda . Amalkan setiap masa seperti anda menggunakan bedak sejuk . InsyaAllah , muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.

Petua 3

Giling beras dan daun ini sehingga lumat. Bulatkan adunan tersebut sebesar duit lima sen dan jemur sehingga kering . Apabila hendak menggunakannya , titis sedikit air limau nipis dan sapu pada muka menggunakan belahan ubi kentang .

Petua 4

Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur , akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan . Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga akar ini , memadailah dengan dua jenis sahaja . Semua akar ini diasah di buntut pasu dengan sedikit air . Sapukan ke muka sebagai bedak sejuk . Jika anda suka , boleh juga dicampurkan dengan bedak sejuk atau dengan lendir daun lidah buaya . Selain diasah , ia boleh juga dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan tadi .

Petua 5

Parut temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati , kemudian tapis . Minumlah airnya beberap kali , kemudian barulah dirawat kulit muka anda dengan petua lain yang telah diberikan .

Petua 6

Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 7

Parut jagung muda dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih . Selepas itu , sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya .

Petua 8

Basuh muka dengan air suam , kemudian gosoklah muka dengan tomato masak . Biarkan ia kering sendiri . Selepas itu bilas muka anda dengan air suam .

Petua 9

Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka . Apabila kering , bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut , anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .

Petua 10

Giling sedikit ibu kunyit , daun pegaga , pucuk daun asam jawa , beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama dua malam . Apabila halus , bulat-bulatkan dan jemur sehingga kering . Jika hendak digunakan , hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan .

Petua 11

Tumbuk lumat rumput gelang sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan dicampurkan dengan tepung beras sehingga sebati serta keringkan . Ia boleh dibuat bedak . Bersihkan kulit muka sebelum memakai bedak ini . Buat begini setiap pagi dan malam . Kesannya tentu memuaskan hati anda . Insya-Allah .

Petua 12

Amalkan memakai bedak sejuk dicampurkan dengan daun bunga tanjung yang ditumbuk lumat bersama sedikit kapur . Kacau semua bahan ini sehingga sebati kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur . Jika selalu diamalkan jerawat akan kering dan pupus .

Petua 13

Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Selepas itu , gosokkan ke muka hingga ke leher . Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air sejuk dan bolehlah anda mandi (jika mahu) .

Petua 14

Jerawat sering menimbulkan banyak masalah kulit terutama pada kulit muka. Jeragat pula kalau tak dijaga boleh merebak dan menampakkan kulit kita menjadi hitam. Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan resdung yang teruk. Kita atasi masalah ini dengan mengurang/membersihkan jerawat. Ambil sedikit daun penggaga tumbuk sehingga lumat kemudiannya dicampurkan dengan bedak sejuk. Bedak sejuk yang elok dibeli dari Langkawi buatan pribumi itu sendiri. Memang baik dan berkualiti. Kemudian pakaikan pada seluruh muka. Anda duduk senyap2 dan jangan bercakap. Anda akan rasakan kulit muka anda menjadi tegang. Kalau yang tempat ada jerawat ianya akan menjadi kering. Lebih kurang 30minit cuci dengan air suam. Lihatlah kesannya muka akan berasa licin dan bersih. Jeragat pula akan hilang sedikit demi sedikit akbit kesan dari penggunaan daun penggaga itu. Lakukan 3x seminggu insyaAllah muka anda tidak akan ada masalah lagi.

Petua 15

Gunakan uncang Teh -Teh herba memang baik untuk kesihatan. Selepas kita minum air rendaman teh ini, uncang nyer jangan dibuang. -Ambil uncang teh ini, pastikan kelembapannya tidak terlalu berair dan tekapkan ke jerawat. -Biarkan lebih kurang 10 minit, kemudian basuh ler muka tu.

Amalkan sebelum tidur dan InsyaAllah, bila bangun dari tidur kita akan dapat melihat kesannya di mana jerawat ini akan kecut dan jika diamalkan selalu, jerawat akan hilang. InsyaAllah....

SELAMAT MENCUBAAA!!!!!





Friday, April 2, 2010

aKu mEr!ndU!mU

setahun yang lalu.....

malam 31 Mac

"Assalamualaikum"

"Waalakummussalam"

"x tido lg ke??da pukul 1 pagi ni"

"x lagi...nk stdy sket mama.."

aku sedikit musykil..x pernah pun sebelum2 ni Mama call pukul 1 pagi...

"mama tengah round2, tengok pintu gerbang berhias"

"oooooo, patut la"

"mama baru balik dr rumoh mok(panggilan utk nenek) ni"

"gane mok??dah ok ke??"

mama terdiam seketika..

"td mok muntah"

"makanan x nak trima"

"makanan x nk trima???maksudny??"

"tiap kali suap makanan, tiap kali tu la akan kluar smula"

"td masa mama kluar rumah, mok tdo dah..."

perbualan ku di akhiri dengan mama mengatakan, "insyaallah mok x pape"

tidur ku pada malam itu terganggu

asyik2 terjaga

tiba fajar menyinsing

aku menuju ke kelas seperti biasa

azan Zohor berkumandang sayup2 kedengaran

aku melangkahkan kaki ke masjid untuk berjemaah Zohor

Nokia ku di off kan buat seketika

selesai menunaikan solat zohor, Nokia bernyawa semula

bertalu2 mesej masuk

mesej yg menunjukkan call yang x dijawab...

aku sangat kenal nombor tersebut

"YA!!!!"

nombor handphone mama...

hatiku berdebar2...

agak pelik juga mama call tengahari...

seketika kemudian..

"Assalamualaikumm, nape x jawab mama call??"

"Waalaakummussalam....td tgah solat ma, handphone off..."

"mama nk oyak ni"

lama mama mengambil masa utk keluarkan

"mok dah x de"

aku terkedu

terduduk

"INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJU'UUNNNNN"

"bile ma??"

"baru je, masa msuk Zohor..."

hatiku terus terdetik utk pulang..

"bila nk kebumi??"

"InsyaAllah lepas Asar"

aku terpaksa batalkan hajat untuk pulang..

"x yah balik la, lgpun x sempat pun dengan jenazah.."

"minggu lepas kan dah balik.."

"x pe la ye, mama nk uruskan mok ni..."


"Assalamualaikum..."

Semoga mok ditempatkan bersama orang2 yang beriman..

p/s: Al-Fatihah buat nendaku(FATIMAH BT DAUD) serta orang2 yang telah pergi meninggalkan kite