Tuesday, April 27, 2010

Perpisahan satu tarbiyyah

lumrah kehidupan....bertemu dan berpisah pasti akan terjadi selagi mane kita masih lagi bernyawa...putaran kehidupan yg amat sempurna...yg mana setiap makhluk yg bergelar manusia pasti akan merasainya...bermula dengan kelahiran,membesar,melalui usia dewasa,tua dan akhirnya meninggalkan segala-galanya kecuali amal yg menemani pemergian menemui Sang Pencipta...
sesungguhnya pertemuan itu satu nikmat yang sangat besar nilainya,lebih-lebih lagi jika pertemuan itu kerana Allah dan Islam...kerana ianya sesuatu yg terbaik yg diagendakan oleh-NYA(Ya Bariq)...
namun tidak lupa juga dengan perpisahan yg sebenarnya sangat bermakna buat kita semua...kerana ianya merupakan medan tarbiyyah jiwa yg menjadikan kita lebih tabah dan menyedarkan kita bahawa setiap apa yg kita miliki adalah pinjaman dari-Nya...
semuanya adalah pinjaman...abah,ma,abe long,kak ngoh,kak cik,mok su,mok long,kawan ,sahabat,teman,suami,isteri,anak,jiran....tiada suatu pun yg kekal milik kita di dunia ini kerana pemilik abadi hanya lah Allah...semuanya akan pergi meninggalkan kita suatu hari nanti...yg tinggal adalah kenangan kita bersama mereka...
perpisahan bagi along hanyalah ada dua iaitu perpisahan sementara iaitu berpisah di dunia disebabkan tugas dan tanggungjawab dan perpisahan kekal selamanya di mana dipertemukan semula di akhirat kelak (pertemuan yg dinanti)...
jika diungkap sejarah hidup ini,sebenarnya along sangat takut dengan perpisahan...sukar untuk menerimanya...jantung sentiasa dalam kecemasan apabila melihat pak guard datang ke kelas,ye la bagi kami yg tinggal di asrama penuh,pak guard merupakan pembawa berita kematian ataupun kesedihan...kedatangan pak guard ke blok akademik amat menyeramkan...namun,alhamdulillah setelah betul-betul faham "setiap yg bernyawa pasti akan mati dan apa sahaja yg kita miliki adalah pinjaman sementara" along semakin berani untuk menghadapinya...
apabila diri ini semakin matang,barulah along nampak putaran kehidupan tersebut...dari semasa ke semasa kita semakin jauh dari insan-insan di sisi:

1-semasa kita bayi dan belum bersekolah= 24 jam di rumah(bersama mak ayah)...

2-pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah tadika=24 jam-3 jam=21 jam(bersama mak ayah)...

3-mendaftar diri di sekolah rendah=24 jam-7 jam=17 jam(bersama mak ayah)...

4-menjejakkan kaki di sekolah menengah=24 jam-8 jam=16 jam(bersama mak ayah)...

5-masuk universiti=sebulan skali dapat jumpa mak ayah...

6-masa kerja=3 bulan skali pun susah nak jumpa mak ayah...

7-setelah mendirikan rumah tangga bersama insan tercinta=tak tahulah dalam 12 bulan brape kali menjenguk ke rumah...

8-setelah mereka kembali ke rahmatullah...mata tidak lagi dapat bertentangan,tangan tidak lagi dapat berpautan,hanya yg tinggal hanya kenangan yg menjadi peneman dalam ingatan...


sahabat-sahabatku...
kita sebenarnya dah melalui proses tarbiyyah ini,cuma kita tidak menyedarinya...
kita tak tahu bila dan bagaimana ianya berlaku...
ketahuilah setiap apa yg berlaku ini ada hikmahnya...

kini tinggal lagi 11 hari along dapat bersama deqna...
demi cita-cita dan Islam,kami akan berpisah sementara...
smoga Allah memberi ketabahan pada kami melaluinya...

p/s-hargailah setiap insan disisi selagi kita masih ada kesempatan kerana kita pasti akan kehilangannya suatu hari nanti..

No comments:

Post a Comment