Wednesday, March 7, 2012

Lepaskan egomu...

setiap manusia pasti tidak akan terlepas bermain dengan ego...
amat sukar untuk kita mengaku kesilapan diri...
amat sukar untuk mengaku yang diri ini banyak kekurangan...
amat sukar untuk mengaku dosa berbuku-buku...
TAPI sangat mudah melafazkan I LOVE YOU...
itulah kita bernama manusia...

kenapa begitu tinggi ego aku sampai aku tidak sedar bahawa ego aku itu akan menjatuhkan aku di hadapan Allah,membawa aku ke jalan menuju neraka Allah...
aku sedar bahawa apa yang aku lakukan tu salah...
sudah ramai sahabat handai yang menegur aku...menasihati aku...berbisik kepadaku...
tapi...kerasnya hati ini untuk menerimanya...
terasa hebat sgt diri ini sehingga tidak takut dihisab segala dosa...
terasa hebat diri ini sampai masa dibuang sia-sia...
terasa hebat bermain kata-kata...

astaqfirullah...astaqfirullah...astaqfirullah...
Allahu Rabbi...
lembutkanlah hatiku...
berilah aku kefahaman dalam agamaMu...
bimbinglah aku dalam menuju jalan kepadaMu...
jauhkanlah aku dari melakukan perbuatan yang sia-sia...
kurniakanlah kpd kami hidayahMu...
hanya kepadaMu aku memohon.....
aamiinn Ya Allah....

Tuesday, March 6, 2012

Perubahan itu perlu

"jika kita gagal untuk merancang,maka kita sebenarnya merancang untuk gagal"

benarkah?

ayuh kita bermuhasabah...
1~pernah x kita failed jawab kuiz atau test kerana study last minit?
2~pernah x kita tertinggal barang yang penting di rumah @ asrama kerana lewat ke kelas @ ke tempat kerja?
3~tidak sempat menggosok baju ke kelas @ tempat kerja kerana terlewat bangun?
4~pernahkah kita terpaksa berjaga sampai pagi untuk menyiapkan tugasan yang akan dihantar esok harinya?

pernahkah kita melaluinya pada zaman persekolahan? mungkin sekarang juga?

dan kesannya pada diri kita:
1~study tak dapat perform dengan baik..
2~terpaksa penat pada hari itu @ dimarahi guru @ bos
3~muka tebal seinci kerana berjaya menarik perhatian org sekeliling dengan imej entah ape-ape tu
4~jaga panda yang paling cun @ hensem n markah cukup2 makan je...

experiment telah dijalankan dan keputusan telah dipaparkan...
hanya orang-orang yang bijak akan mengambil pengajaran akan pengalaman silam @ pengalaman orang lain..

pilihan di tangan kita..
sayangi diri,keluarga dan agama...

~syifahakimi~

Perubahan itu perlu

andainya kita sedar bahawa...
kita muda sebelum kita tua...
kita kaya sebelum kita miskin...
kita lapang sebelum kita sempit...
kita sihat sebelum sakit...
kita hidup sebelum mati...

sedarkah kita bahawa masa untuk berubah itu masih ada?
tapi ape yang perlu kita ubah ye?

1.hati kita
~daripada lebih cintakan dunia,maka lebihkan cinta kepada akhirat.
2.diri kita
~daripada suka membazirkan masa,maka jadilah pencinta masa yang peka akan setiap saat yang berlalu.
~daripada menjadi org yang suka mengkritik,maka berubahlah kepada seorg yang selalu muhasabah diri.
~daripada seorang yang negatif kepada seorang yang positif

"tiada orang yang dapat mengubah diri kita selain diri kita sendiri yang inginkannya"


Monday, March 5, 2012

keberkatan Ilahi

mana mungkin kejayaan yang kita miliki ini adalah kerana kepandaian kita...
mana mungkin kegagalan hari ini kerana kebodohan kita...

kejayaan @ kegagalan itu milik Allah..
hanya Dia yang berhak memberikan apa yang dikehendakiNya..
kita sebagai hambaNya laksanakanlah setiap suruhanNya..

menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan untuk memastikan hidup kita seimbang dunia dan akhirat..
tanpa ilmu,kita ibarat berjalan dalam kegelapan...
meraba-raba mencari halatuju yang belum pasti..
apa sahaja yang melintasinya,ia akan mengikutinya..
andai yang dicapai adalah jalan menuju ke syurga,Alhamdulillah...
andainya yang dicapai adalah jalan menuju ke neraka,amat kasihan dirinya...

dalam menuntut ilmu,bukan Gred atau pointer yang di cari...
tapi kefahaman dan keberkatan dalam setiap zarah-zarah ilmu yang kita pelajari...
apabila diuji,ramai yang bersyukur dan lebih ramai yang tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan...

bersyukur="Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah atas nikmat kejayaan/atau kegagalan yang Engkau berikan.berilah kefahaman kepadaku akan ilmuMu dan berkatilah ia"

tidak bersyukur="tak sia-sia aku study siang malam,wat latihan banyak-banyak.memang patut pun aku dapat straight A,dapat dekan...hehehe"

namun begitu,kejayaan yang hadir adalah sia-sia tanpa keberkatan Ilahi...
andainya:-
1~solat kita tidak utamakan.sering melengahkan masa kerana Study...
2~cara belajar kita yang menyebabkan kita lupa akan Dia..(cth:mendgr muzik yang melalaikan,study berdua-duaan lelaki dan perempuan)
3~study bukan dengan niat kerana Allah Taala.
4~menjadi pelajar yang tidakmenghormati gurunya.
5~belajar tanpa menutup auratnya.
6~belajar kerana dunia.

berusahalah dalam mencapai rehda Ilahi...
dalam setiap keberkatan yang Allah kurniakan akan membawa kita semakin hampir kepadaNya...
janganmemberi alasan mengapa hidayah itu tidak hadir pada kita, andainya kita sendiri yang tidak berusaha memohon kepada pemilik mutlaknya...

*mohon teguran andainya ada kesilapan dalam menulis...syukran
~syifahakimi~
FOKUS!!!

Betul pada NIAT...
Betul pada CARA...

"Matlamat Tidak Menghalalkan Cara"

Sunday, March 4, 2012

wink...wink...wink...

kangen bangat sama kamu...lama udah tidak ketemu...
jaga diri, jaga hati
(",)
A~S~A~K~A





Bahagiakan Hatimu...

semester baru telah bermula...semester ini lebih mencabar buatku kerana banyak perkara baru yang aku akan lalui...tempat baru...suasana baru...dan kawan2sekeliling yang baru...bagaimana aku akan menghadapinya...berat sekali terpaksa berpisah dengan sahabat2 yang dicintai di machang...apatah lagi dengan sahabat2 jengka yang hampir setahun ku tingggalkan...
cukup bermakna berada 3 tahun di jengka,1 tahun di machang dan kini aku akan menghabiskan 2 tahun umurku di kampus kota bharu...

tiada lagi suasana permai di sekelilingku...tiada lagi kolam dan tasik yang aku boleh datangi...tiada lagi ladang yang luas untuk aku terokai...mulai hari ini, bangunan-bangunan yang berlapis-lapis akan ku jejaki...lorong-lorong yang memuatkan kenderaan yang akan aku melintasi..

namun begitu,Allah Maha Adil,Allah Maha Bijaksana....tarbiyahnya bukan sekadar setempat cuma,tapi segenap sudut rahsiaNya...tarbiyahNya bukan satu cara,tapi pelbagai cara dan suasana...

bahagiakanlah hatimu...

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?"

semuanya adalah nikmatNya yang sangat berharga...jangan sesekali kau goyah dalam menghadapi ujianNya kerana Dia sentiasa bersamaMu,menyayangiMu...hadirNya dalam tawa,tangis dan esakkan...letakkan Dia dihatimu..peneman yang sangat setia...setianya seorang sahabat,mungkin sementara tanpa izinNya...

walau di manapun engkau berada..ingatlah bahawa itu agenda aturanNya...yang lebih memahami jiwamu..yang lebih tahu akan keperluan hati dan jasadmu...
teruskan berjuang sekalipun terbuang...=)