Friday, July 30, 2010

sirah Rasulullah...

Rasulullalh s.a.w, rasul junjungan mulia...
yang memimpin umat ke jalan yang diredhai Allah...
diutuskan Baginda kepada umat manusia untuk membimbing dan membawa kebenaran...
dilahirkan sebagai anak yatim ketika masih berada dalam kandungan ibunya...
kemudian ibu tercinta mengiringi pemergian ayahanda yang dirindui...


jika dilihat pada hari ini,anak2 yang lahirnya dari keluarga bermasalah,yang tiada ibu @ ayah,mereka lebih cenderung ke arah negatif...mereka lebih suka menyalahkan takdir...kerosakan yang mereka lakukan terhadap diri mereka sendiri tanpa berfikir panjang..mengapa harus menoleh ke belakang andainya yang nampak hanyalah kegelapan...segala yang telah berlaku,telah pun berlalu...dan yang akan datang pasti akan tiba...kejatuhan pada masa lalu boleh ditebus dengan persiapan yang rapi untuk menghadapi masa hadapan...andainya kita mengambil iktibar dari masa lalu,nescaya kehidupan yang akan datang lebih mudah untuk kita lalui...orang yang tidak belajar dari sejarah,tidak akan berjaya di masa akan datang...sesungguhnya sejarah dan sirah itu pasti akan berulang...cume masa dan keadaan yang berbeza...

mungkin hari ini kita tak nampak kesan atas segala perbuatan kita yang lalai...percayalah bahawa suatu hari nanti ianya akan ditayangkan pada kita mungkin pada anak2 kita,cucu2 kita dan pada generasi kita akan datang...jaga diri,lindungi generasi...bersusah-susah sekarang,bersenang-senang kemudian...semoga bertemu di syurga yang diimpi...

No comments:

Post a Comment