Wednesday, September 9, 2009

KASIH SESEORANG KERANA ALLAH


KASIH SESEORANG KERANA ALLAH

Hadis riwayat imam Muslim daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya seorang pemuda telah melawat saudaranya di kampung yang lain, maka Allah telah mengutuskan kepadanya dalam perjalanan malaikat, apabila telah tiba dekatnya, dia(malaikat) telah bertanya: Ke mana engkau mahu tuju? Dia menjawab: Aku mahu jumpa saudaraku di kampung ini. Dia(malaikat) bertanya: Adakah bagi engkau atasnya sesuatu nikmat yang mana engkau menjaganya? Dia menjawab: Tidak! selain daripada aku mengasihinya kerana Allah. Dia(malaikat) memberitahu : Maka sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada engkau dengan sesungguhnya Allah begitu mengasihi engkau sebagaimana engkau begitu mengasihinya(saudaramu

Ringkasan Kisah

Kisah ini menceritakan bagaimana seorang pemuda telah bermusafir dari kampungnya ke kampung yang lain yang mana dia tidak mempunyai sebarang hajat ataupun perkara yang menguntungkan selain daripada menziarahi saudaranya yang dikasihi kerana Allah. Kasih kerana allah merupakan salah satu daripada cabang iman. Rasullah S.A.W telah memberitahu kita bahawasanya sesiapa yang berkasih sayang kerana Allah akan berada di atas mimbar daripada cahaya pada hari qiamat yang mereka berada bersama anbiya', para syuhada' dalam majlis mereka dan begitu hampir kepada Allah. Allah telah mengutuskan malaikat kepada pemuda tadi yang mana berupa manusia untuk bertanya mengenai tujuan dan hajatnya. Dia telah menerangkan mengenai hajat dan tujuan sebenar dia melawat saudaranya. Setelah mendengar jawapannya yang mana tujuan sebenar dia bermusafir adalah untuk melawat saudaranya kerana begitu mengasihinya kerana Allah bukannya kerana dia mempunyai kepentingan atau pun hajat dengannya, maka malaikat memberitahunya bahawa Allah mengasihinya sebagaimana dia mengasihi saudaranya. Sesiapa yang dikasihi oleh Allah kan hidup bahagia di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment