Tuesday, September 8, 2009

Istimewa buatmu..


apakah sebenarnya yang dicari dalam persahabatan,
andainya keikhlasan yang dihulurkan...
andainya kejujuran menjadi pertaruhan...
airmata yang mengalir kerana wujudnya kasih sayang...
sakit yang ditanggung kerana kesilapan seorang teman...
namun,
sahabat ini terus tersenyum seindah mawar yang berkembang mekar,
duri yang diterima,madu yang dibalasnya..
indahnya persahabatan..

sahabat...
baru kusedari bahawa,
kehadiranku sering kali menyakitimu...
sering kali membuat hatimu resah...
sering kali membuatmu serba salah...
maafkan diriku sahabat...

sahabat,
ketahuilah bahawa,
sejak "detik itu" ,
aku mula sedar bahawa akulah insan yang tidak tahu menghargai nilai sebuah persahabatan..
mensia-siakan masa berhargi ini ketika bersamamu...

Ya Allah,
janganlah Engkau menarik kembali nikmat bersahabat ini,
janganlah Engkau pisahkan kami kerana kesilapan kami sendiri,
berilah kami peluang untuk perbaiki semua,
lembutkanlah hati kami agar dapat saling memaafi...

Ya Allah,
hanya kepadamu kami mengadu...
makbulkanlah permintaan kami...


Ya Allah Engkau mengetahui
bahawa hati-hati ini telah berkumpul
kerana mengasihi-Mu,
bersatu memikul beban dakwah-Mu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat
dan menyokong syariay-Mu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya...
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalan-Nya...
penuhkanlah hati-hati ini
dengan cahaya Rabbani-Mu
yang tidak kunjung malap..
lapangkan hati-hati ini dengan limpahan
iman dan keyakinan.

Amin...


No comments:

Post a Comment