There was an error in this gadget

Thursday, February 9, 2012

alkiSahNya bAucer..

Pulang dari menjalankan suatu amanah, saya pulang ke kolej tercinta untuk menunggu masa ‘outstation’..3hari masa yang perlu saya penuhi semanfaat mungkin..sambil berborak-borak, perbualan kami di selitkan dengan sedikit pengisian, seorang sahabat saya mengeluarkan idea..

“korang dah amek baucer buku RM200?”

“wajib la dah amek..”sahabat lain menyahutnya..

jom kita p pesta buku kat karangkraf, saya rasa boleh guna baucer tue kat sana..”

Tanpa banyak soal, masing-masing hanya bersetuju dan mengangguk tanda setuju..

“esok ye,jangan lupa, pukul 11 pagi..”

“pukul 11pagi jam islam ye, bukan jam melayu..”tambah sahabat saya yang lain..

Esoknya..

‘buraq’ JJS****, WLD**** dan CBP**** menjadi tunggangan kami berenam..

“kita lunch dulu dekat seksyen17, kakngah nak ikut sama..”katanya mandor kami..

Kami hanya menurut perintah, maka berkonvoilah 3buraq menuju seksyen17..

Usai kami mengisi perut, buraq terus memecut menuju matlamat yang sebenar..kereta memenuhi segenap ruang berhampiran Karangkraf, menyelitlah kami bersama buraq ke kiri ke kanan..pusing-pusing di Karangkraf, tiada buku yang dapat menarik hati saya..hanya hati Dib, Sue dan Kila yang berjaya di pikat buku-buku di sana..makanya kami membuat keputusan untuk menuju ke MPH untuk menebus baucer..

saya mula melangkah keluar bersama Wani, sambil sahabat lain turut berjalan keluar..5minit kami menunggu di bawah sinaran mentari, tapi tetap tidak muncul kelibat sahabat yang di tunggu..kami terpandang pak cik eskrem, hati kami berbicara perkara yang sama..

"eskrem tue sangat sedap lagi menyelerakan andai dimakan di bawah terik mentari..."

"pakcik,saya nak eskrem potong, perisa jagung ya.."

"saya nk waffle keladi.."saya menambah..

kami mencari tempat yang agak redup bagi menikmati eskrem..habis suapan kami yang terakhir, muncullah kelibat insan yang kami tunggu..berkonvoilah buraq kami menuju destinasi seterusnya..

nak dijadikan cerita,ada roadblock di pertengahan jalan..mimik muka kakngah mula menggambarkan adrenalinenya mulai mengalir dengan laju..mana taknya, lesen motornya baru L, tapi membawa pembonceng bersamanya..

hakikatnya, saya juga sama, hanya mempunyi lesen memandu kereta bersama saya..saya memberanikan diri, alasan demi alasan saya berikan kepada incik polis..dalam berani, ada cuaknya..takut juga andai terlebih beralasan,boleh jatuh menipu jadinya..alhamdulillah incik polis percaya dengan alasan saya(terima kaseh incik polis yang tak berapa garang..)..sesekali saya menjeling ke arah kakngah,saya yakin dia turut menggunakan cara yang sama bagi melepaskan diri..tapi mimik mukanya menampakkan mungkin mahu mengalah..selesai saya melayan incik polis,saya berlalu pergi dahulu, meninggalkan kakngah melayan incik polisnya, moga-moga bukan satu penipuan yang di buatnya..

setibanya di MPH, pusing-pusing jalan-jalan, helai demi helai, buku demi buku di sentuh saya..namun juga tiada buku yang berjaya menawan hati kecil saya untuk menebusnya menggunakan baucher..akhirnya saya duduk di kerusi bersama seorang sahabat yang berpangkat adik..

"Kenapa duduk?dah penat ke?"..saya memulakan perbualan..

"tak la kak, saya tak ada mood nak beli buku.."sahutnya sinis..

"samala kita"

sambil memerhatikan gelagat sahabat-sahabat memilih buku, kami berborak..

"Kak, rupanya akak tak ada lesen motor ya?"

"Yap, memang la, akak ada lesen kereta je..alhamdulillah tadi incik polis tu percaya dengan alasan akak..akak pusing-pusing ayat, tapi tak la sampai menipu rasanya.."saya menjawab tanpa perasaan..

"Tapi kak, akak memang buat satu kesalahan yang besar pun..melanggar peraturan jalan raya..kalau di sabit kesalahan, akak boleh dikenakan hukuman.."

"(GULP!!)Eppppp"..saya membalas tanpa sebarang kata..tertunduk seketika..ada benarnya kata-kata adik tersebut..saya sedar saya salah, tapi ego tetap menguasai diri..lantas topik lain saya bualkan..

p/s:

1) syukran dik atas teguran, baru akak sedar yang bawa motor di jalan raya merupakan satu kesalahan besar..samalah dengan peraturan Allah, andai di tetapkan sesuatu perkara itu haram, maka haram ia hinggga akhirnya..

2) beralasanlah anda dengan manusia sehebat mana pun di dunia, tapi bila di akhirat kelak, 'video' kisah-kisah sendiri yang akan menjadi tontonan kita sendiri..

1 comment: