Tuesday, August 3, 2010

thank you Allah....

sebaik-baik pertolongan adalah dari-Nya...
Tuhan pencipta sekalian alam...
yang menghidup dan mematikan...
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...
benarlah segala janji2-Nya...
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum,melainkan mereka berusaha mengubahnya"

sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Pemurah-Nya pada semua makhluk2-Nya...
tidak mengira agama...
jika berusaha pasti mendapat ganjarannya...
Tetapi sifat Penyayang hanya untuk orang Islam..
nikmat iman dan islam yang sangat besar anugerahnya...

mungkin ramai yang tidak merasainya...
ini kerana kita lahir dalam keluarga dan keturunan Islam...
jika dilihat kembali sirah perjuangan...
betapa hebatnya Rasulullah ditentang semasa menyebarkan Islam...
setiap hari tidak pernah ada masa rehat melainkan berdakwah...
menyeru manusia beriman kepada Allah...
diherdik...dihina...
namun...kerana kecintaan yang tinggi,tidak sesekali Baginda mengundur diri...
malahan, semakin hebat semangat juangnya...
jika tidak kerana Baginda Rasulullah...tidak mungkin kita sekarang mengenal apa erti Islam...

adakah kita kini benar2 memahami Islam???
apa erti kita menganut Islam???
dan menuruti tuntutan Islam itu???

sejak kecil lagi kita diajar alif...ba...ta...
tauhid,aqidah,akhlak,ibadah...
tetapi kini di mana ilmu2 tersebut???
adakah sekadar untuk menjawab soalan peperiksaan semata2...
sanggup tak tidur malam menelaah pelajaran semata2 kerana EXAM!!!!

amatlah rugi bagi orang2 yang berilmu tetapi tidak mengamalkannya...
ibaratnya "pokok yang tidak berbuah"...
dan yang lebih dahsyat lagi...
kita sedar kita tidak mempunyai ilmu...
tetapi tiada satu pun usaha kita untuk mencari dan mempelajari ilmu itu...

kawan-kawan...sahabat-sahabiah...teman-teman...
kita masih ada waktu untuk memperbaiki kesilapan yang telah kita lakukan...
sebelum pintu taubat tertutup...
sebelum malaikat maut datang menjemput...

amatlah sayang sekali...
jika hari ini kita masih tidah menyedarinya...
kitalah mata rantai perjuangan...
menyambung usaha yang dimulakan oleh Baginda...
janganlah kita menjadi penamat kepada sebuah perjuangan...



No comments:

Post a Comment