Monday, January 4, 2010

BERPEGANG KEPADA KEBENARAN”

Pada suatu hari, telah berlakunya kejadian gerhana matahari yang menggemparkan masyarakat Arab. Walaupun gerhana itu terjadi pada waktu tengahari, orang ramai dapat melihat bintang-bintang berkelipan. Suasana menjadi haru-biru kerana tiada sesiapapun yang pernah melihat keadaan yang ijaib ini ataupun mendengarnya daripada nenek moyang penduduk di situ sebelumnya. Semua penduduk di situ berbisik antara satu sama lain. Mereka menyangka telah berlakunya suatu malapetaka ke atas dunia ini disebabkan seseorang yang dikasihi Allah telah meninggal dunia. Sedang mereka asyik berbual, tiba-tiba seorang lelaki telah mencelah dalam perbualan itu dengan mengatakan anak Rasulullah iaitu Ibrahim telah meninggal dunia.

Lantaran daripada berita kematian itu, masyarakat Arab menyangka bahawa peristiwa itulah yang menyebabkan terjadinya gerhana matahari. Seorang lelaki telah menambah perbualan itu dengan mengatakan jika Rasulullah bukanlah pesuruh Allah yang benar, mengapa Allah menjadikan kejadian yang luar biasa itu sewaktu peristiwa kematian anak baginda? Kabanyakkan orang bersetuju dengan pendapat itu. Perkara tersebut telah sampai ke pengetahuan Rasulullah.

Jika Rasulullah mendiamkan diri, sudah tentu pendudukyang bukan beragama Islam dan musuh-musuh baginda akan berpusu-pusu untuk memeluk agama Islam. Tetapi Rasulullah tidak mendiamkan diri. Baginda tidak sedikit pun cuba mengambil kesempatan terhadap kejadian yang berlaku. Sebaliknya baginda berasa amat kecewa dengan kepercayaan karut mereka.

Dengan itu, Rasulullah telah mengumpulkan penduduk di situ dan bersabda: “Mtatahari dan bulan, adalah tanda-tanda kekuasaan Allah. Atas arahan-Nya, mereka terbit dan bergerak. Gerhana matahari dan bulan tidak ada kaitan dengan kehidupan atau kematian seseorang. Jika kamu menyaksikan kejadian seperti ini, ingatilah Allah dan kerjakanlah solat”

No comments:

Post a Comment