Saturday, September 21, 2013

sebuah perjalanan memburu cita-cita...

cita-cita...
semua orang memilikinya...
tidak kira orang kaya ataupun miskin...
orang tua ataupun muda...
orang lelaki mahupun perempuan...

dan disebalik perjalan memburu cita-citaku,
terdapat seribu cerita pahit manis,
bahagia mahupun derita...

bermulanya aku di sekolah rendah..
cita-citaku ingin menjadi seorang polis...
tapi ibu tidak mengizinkan kerana khuatir anaknya mati ditembak penjenayah..
lalu cita-citaku bertukar ingin menjadi tentera laut..
segak berbaju putih kononnya...
namun cita-citaku berubah lagi...

ketika di sekolah menengah...
aku ingin menjadi seorang peguam,
yang hebat berkata-kata mempertahankan kebenarannya...
sesuai dengan karakterku yang lantang bersuara...
masuk pula di tingkatan 4,bertukar sekolah pula...
cita-citaku ingin menjadi seorang doktor,
yang membantu pesakitnya..
ku rasakan itulah cita-citaku yang terakhir..
mungkin kerana minatku yang gemar membedah katak,tikus,ikan dan sebagainya..
tapi sayang,bila berhadapan dengan manusia yang sedang menahan kesakitan,
hatiku menjadi kasihan dan tidak sampai hati menyentuhnya...

dan apabila aku menjejakkan kaki ke universiti,
aku disedarkan bahawa cita-cita yang paling mulia adalah "mencari rehda Allah"..
tiada limit akademik yang diperlukan...
selagi hidup,selagi itulah ilmu perlu dicari...
berusaha mendekatkan diri kepda Ilahi..
dakwah menjadi wasilah menuju hakiki..
kadang-kala diuji membuatkan aku tersenyum sendiri lalu berkata
"Allah cintakan aku lalu ujianNya datang bertamu"

dahulunya aku seorang yang lasak dan lantang berkata-kata,
kini Dia mengubahku menjadi seorang yang pemalu dan kurangnya berbicara...
terima kasih Ya Allah atas bimbingan dan ilmuMu...

1 comment:

  1. assalamualaikum wbt

    maaf.. saya tidak tahu bagaimana hendak berhubung dengan saudari.. jadi saya menulis di ruangan komentar di sini.. :)

    i was looking for ayat ali-imran seperti yg tertera di atas blog saudari.. dan saya check ayat tu drpd ali imran ayat 8 (bukannya 7).. sgt insignificant tp saya merasa terpanggil utk memberitahu saudari mengenai ini..

    semoga thabat..

    :)

    assalamualaikum

    ReplyDelete