ERTI SYUKUR
Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah…
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi
Tuhan Maha Pemurah
Takkan terbalas walaupun sebesar zarah
Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tak dihiraukan
Lepas dari pandangan
Dan bila hilang barulah dikesalkan
Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku terlupa
Adakalanya aku terleka
Ampunilah..kerana aku manusia
Lemah dan tak berdaya disisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu datang tiada jemu
Bila terhimpit…mulalah mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu
Adakala ku hanyut
Adakala ku leka
Dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lamah dan tak berdaya
Seringkali terlupa
Nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur Ya Tuhan
Segala pemberian walau luas lautan bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan
Onak duri kehidupan jatuh bangun sendirian
Yang menguji iman
Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda kunilai rahmatMu Tuhan
Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu padaku
Seluas lautan pun
Bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan.
No comments:
Post a Comment