"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami,dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau.Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi"(Ali-Imran:7)
Tuesday, December 29, 2009
CIRI-CIRI ORANG YANG BERJAYA
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih,Maha Penyayang
1. Sungguh beruntung orang-orang yang beriman,
2. iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya
3. dan orang yang menjauhkan diri dari perbuatan @ perkataan yang tidak berguna,
4. dan orang yang menunaikan zakat,
5. dan orang yang memelihara kemaluannya,
6. kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki,maka sesungguhnya mereka tidak tercela,
7. tetapi barangsiapa mencari disebalik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas,
8. dan sungguh beruntung orang yang memelihara amanat dan janjinya,
9. serta orang yang memelihara solatnya.
10. mereka itulah orang yang akan mewarisi,
11. Yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.
Thursday, November 12, 2009
CINTA ITU CAHAYA SANUBARI,
KURNIAAN TUHAN PADA INSANI…
Cinta ibarat kupu-kupu.
Makin kau kejar, makin ia menghindar.
Tapi, bila kaubiarkan ia terbang, ia akan
menghampirimu di saat kau tak menduga.
Cinta mampu membahagiakanmu
tapi sering pula ia menyakiti,
Tapi cinta itu hanya istimewa
apabila kau berikan cinta
kepada seseorang yang layak menerima.
Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN...
Cinta bukannya mencari seseorang yang
"SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang
yang mampu menjadikan dirimu sempurna.
Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!"
bila kau tidak benar-benar peduli.
Jangan bicarakan soal perasaan
bila itu tidak benar-benar ada.
Jangan kau sentuh hidup seseorang
bila kau hanya berniat main-main dengannya.
Jangan menatap ke dalam mata seseorang
bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan.
Hal paling kejam yang dilakukan ialah
membuat seseorang jatuh cinta,
sedangkan kau tidak berniat langsung
"UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.
Kepada yang PATAH HATI...
Sakit... luka… hancur.. patah hati...
bertahan selama kau menginginkannya
dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya.
Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu,
tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati
sebagai pengajaran dan hikmahnya.
Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta?
Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus.
Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil.
Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna
tidak boleh meminta apa-apa.
Bersedialah untuk terluka dan menderita,
tetapi jangan simpan semua rasa sakit
jika itu yang benar-benar dialami.
Kepada yang ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat orang yang kau cintai
berbahagia dengan orang lain,
tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui
bahawa orang yang kau cintai ternyata
tidak bahagia dengan mu.
Kepada yang takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda
putuskan hubungan dengan seseorang.
Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang
memutuskan hubungan dengan mu.
Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila
Orang yang kau cintai langsung tidak
mengetahui perasaanmu terhadapnya.
Kepada yang masih bertahan
MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...
Hal menyedihkan dalam hidup ialah
bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta.
Kemudian akhirnya menyedari bahawa
dia bukanlah jodohmu dan kau telah
mensia-siakan masa bertahun-tahun
untuk seseorang yang tidak layak.
Kalau sekarang dia sudah tidak layak,
10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak.
Biarkan dia pergi dan lupakan..
MENGAWAL STRESS
Masalah di tempat kerja, kesesakan lalulintas dan kesibukan melayan kerenah anak – anak di rumah amat memeningkan kepala. Kadangkala tension jadinya. Dalam erti kata lain, anda sebenarnya mengalami stress atau tekanan.
Stress merupakan penyakit emosi yang tidak dapat dipisahkan di dalam kehidupan kita. Pada umumnya, stress ialah ancaman terhadap individu. Ia lahir daripada perubahan luaran atau dalaman yang melebihi keupayaan individu untuk mengendalikannya sehingga menjejaskan kehidupan harian.
Menurut Dr. Anisah Omar dari Jabatan Psikiatri, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) ketika membentangkan kertas kerja mengenai stress dalam Program Wacana Wanita di Yayasan Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur baru – baru ini kita tidak dapat lari dari masalah tekanan, tetapi kita perlu tahu cara mengawalnya agar tidak menjejaskan kehidupan.
TANDA – TANDA STRESS
Tanda – tanda stress boleh dibahagikan kepada empat iaitu fizikal, psikologikal, tingkah laku dan sosial.
TANDA FIZIKAL
1.Sakit kepala.
2.Cepat penat, lemah, letih, tidak bermaya dan banyak berpeluh.
3.Berdebar – debar, sakit dada, sesak nafas seolah – olah sakit jantung.
4.Cirit – birit, kerap buang air dan mudah mendapat penyakit fizikal seperti asma, sakit jantung, darah tinggi dan diabetis.
5.Penyakit kulit dan kanser. Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan keadaan pesakit bergantung kepada turun naik emosi. Penyakit barah misalnya, lebih cenderung mengalami stress. Kajian juga menunjukkan sesiapa yang mengalami stress yang tinggi, mati dalam usia yang muda.
TANDA PSIKOLOGIKAL
Tension, tidak tenang, risau, resah, murung, sedih, cepat marah (moody) dan cepat bosan.
TANDA SOSIAL
1.Hubungan antara suami, isteri, jiran dan rakan sekerja yang terjejas.
2.Penyalahgunaan dadah.
3.Menghisap rokok secara berlebihan.
4.Kemalangan.
5.Selalu ponteng kerja.
6.Produktiviti merosot.
PUNCA – PUNCA STRESS
Keadaan Fizikal
1.Persekitaran yang kotor, bising, sesak sama ada di rumah atau di tempat kerja.
2.Penyakit fizikal seperti penyakit jantung.
Psikologikal
Berlakunya perubahan yang memerlukan penyesuaian seperti :
1.Perubahan tempat kerja seperti majikan, rakan atau persekitaran yang baru.
2.Memulakan alam rumahtangga.
3.Kehilangan orang yang tersayang atau harta benda.
4.Berasa tercabar atau terancam. Contohnya, lambat datang kerja menimbulkan perasaan takut dimarahi bos, bersalah terhadap dosa yang dilakukan atau gagal penuhi cita – cita.
STRESS DI TEMPAT KERJA
Kebanyakan mereka yang mengalami stress terdiri daripada golongan yang bekerja. Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan stress. Antaranya :
1.Pekerjaan yang terdedah kepada kecederaan dan keselamatan.
2.Beban kerja terlampau banyak.
3.Bekerja dalam tempoh yang panjang.
4.Terlibat dengan oarang ramai seperti jururawat dan doktor.
5.Hubungan antara organisasi. Contohnya, tidak boleh menyesuaikan diri dengan rakan sekerja dan adakalanya bertentangan dengan peribadi, kepercayaan atau agama.
6.Konflik peranan.
7.Kekaburan tugas.
8.Sikap ketua di tempat kerja.
Namun, buakan semua orang yang menghadapi stress akan mengalami kesan yang sama. Tindak balas terhadap stress bergantung kepada personaliti seseorang itu. Antara personaliti tersebut ialah:
Personaliti A
Personaliti ini banyak dikaitkan dengan penyakit yang berkaitan dengan stress seperti jantung dan darah tinggi. Biasanya seseorang yang mempunyai personaliti A bercita – cita amat tinggi, motovasi diri yang tinggi, kuat bekerja, selalu sibuk dan cemas serta sentiasa mementingkan kerja manakal hal – hal lain adalah tidak penting.
Golongan ini banyak mneghabiskan masa untuk bekeja tanpa fikirkan keseronokan. Golongan ini juga kurang mempunyai hubungan dengan orang lain. Mereka selalunya tidak dapat menerima kegagalan.
Personaliti B
Individu yang tenang, membuat kerja satu persatu, tidak terburu – buru mempunyai ekspektasi yang realistik dan boleh menerima kegagalan. Golongan ini boleh mengendalikan stress dengan baik,
Personaliti Bimbang
Individu yang mudah risau dan tension dalam apa jua keadaan walaupun hanya melibatkan perkara kecil.
Personaliti Tidak Asertif
Individu yang berpesonaliti seperti ini biasanya tidak selesa meluahkan perasaan marah, tidak seronok atau tidak suka. Lebih suka memendam perasaan dan tidak selelsa menerima pertolongan orang lain serta menanggung segala beban sendiri. Golongan ini juga tidak boleh mengatakan tidak.
CARA MENGENDALIKAN STRESS
1.Sokongan Sosial daripada keluarga, rakan sekerja dan ketua.
2.Mengubah persekitaran, tindakbalas dan persepsi. Kenal pasti tempat baru yang akan dituju agar dapat mengurung stress.
3.Menanam tabiat yang dapat meningkatkan rintangan terhadap stress. Contohnya, mengamalkan cara hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang, mengimbangi kehidupan kita dan melakukan kerja secara tenang.
4.Ambil masalah yang dihadapi secara positif. Contohnya, anggaplah segala musibah yang datang sebagai penghapus dosa. Kesedihan, kesusahan di dunia adalah kegembiraan di akhirat.
5.Meluahkan perasaandan berkongsi masalah.
6.Mengendalikan perasaan dan masalah secara berkesan.
7.Melakukan sesuatu untuk menghilangkan kebosanan.
8.Membentuk jaringan sokongan yang baik, pengurusan masa, perubahan persepsi dan menerima kenyataan.
lapangan penulisan untuk segala perkongsian dan pengalaman serta mengasah bakat menjadi seorang penulis yang mengajak kepada kebenaran dan mencegah kepada kemungkaran...
ALLAH MENGUJI KEIKHLASAN HATI KITA BILA KITA BERSENDIRIAN, ALLAH MEMBERI KEDEWASAAN BILA KITA DITIMPA MASALAH,ALLAH MELATIH ERTI KESABARAN DALAM KESAKITAN, ALLAH TIDAK PERNAH MENGAMBIL SESUATU YANG KITA SAYANG KECUALI MENGGANTIKANNYA DENGAN YANG LEBIH BAIK...
WAHAI DIRI....... Hidup ini tidak pernah lari dari dugaan Allah,selangkah kita berjalan Allah dah letak ujian yang bakal ditempuh, sedikit kita berfikir, Allah curah setitik prasangka dalam hati, semua itu adalah ujian Allah terhadap setiap hambanya, tak terkecuali seorang pun daripada kita,kita selalu tanya, kenapa Allah uji macam ni???,tapi kita tidak pernah kata yang kita ni benar2 bersyukur diuji, Allah dah pesan, apa2 pun berbalik pada-NYA, pasti ada hikmah disebaliknya, ingat...bila hati berjuang kerana Allah,dugaan itu tempat bersinggah, derita ditelan sebagai juadah, keimanan digenggam seutuh akidah, kasih disulam sebagai mahmudah, pasti taqwa hanya pada yang Esa.
cebisan kata
SAHABAT, JIKA HARI INI AKU TERLALU GEMBIRA, SEDARKANLAH AKU DENGAN AMARAN ALLAH... JIKA AKU BERSEDIH TANPA KATA, PUJUKLAH AKU DENGAN TARBIAH PENCIPTA... JIKA AKU LEMAH TIDAK BERDAYA, INGATKANLAH AKU DENGAN KEHEBATAN SYURGA... JIKA ANTARA KITA ADA TEMBOK YANG MEMISAHKAN, AJAKLAH AKU MELERAIKAN SEGERA... JIKA PERNAH HATIMU TERLUKA, LUAHKANLAH AGAR AKU BERUBAH... DAN JIKA ESOK AKU LENA TANPA TERJAGA, IRINGILAH LENAKU DENGAN KALUNGAN DOA... MOGA PERSAHABATAN KITA KEKAL UNTUK SELAMANYA...
surah ali-'Imran:165
Dan mengapa kamu hairan ketika menerima musibah (kekalahan semasa Perang Uhud), padahal kamu telah menimpakan musibah dua kali ganda (kepada musuh-musuhmu pada Perang Badar), kamu berkata, "Dari mana datangnya kekalahan ini?" Katakanlah, "Itu dari kesalahan dirimu sendiri." Sungguh, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Cebisan kata
SAHABAT... jika kau kasih padaku kerana peribadiku, ketahuilah bahawa aku insan tak sempurna... jika kau terhibur kerana tutur kataku, mungkin suatu hari nanti aku akan menyakitimu... jika setiamu kerana kita telah bersama, ketahuilah bahawa aku akan pergi jua... satu pintaku, hargai persahabatan ini selagi kita bersama... semoga ukhuwwah ini mendapat redha-NYA
dengarlah hai sobat saat kau maksiat dan kau bayangkan ajal mendekat apa kan kau buat kau takkan selamat pasti dirimu habis dan tamat
bukan ku sok taat sebelum terlambat ayo sama-sama kita taubat dunia sesaat awas kau tersesat ingatlah masih ada akhirat
astafighrullahal’adzim
ingat mati, ingat sakit ingatlah saat kau sulit ingat ingat hidup cuman satu kali
berapa dosa kau buat berapa kali maksiat ingat ingat sobat ingatlah akhirat
cepat ucap astafighrullahal’adzim
pandanglah ke sana lihat yang di sana mereka yang terbaring di tanah bukankah mereka pernah hidup juga kita pun kan menyusul mereka
astafighrullahal’adzim
cepat ucap astafighrullahal’adzim
cepat ucap astafighrullahal’adzim cepat ucap astafighrullahal’adzim
cebisan kenangan
ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya namun cebisan kenangan kita sentiasa bermain di bayangan mata detik waktu yg berlalu menjadi memori kau dan aku
sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu tanpa mengeal erti penat jemu igatkah kau lagi kita bersama memijak onak duri ditanah gersang mengutip semangat suci kini segalanya tersurat dalam sanubari
bersabarlah dengan ketetentuan-Nya ada rahmat yg tersembunyi bertemu berpisah kerana Allah lumrah kehidupan insan beriman moga saat nan indah ku harap berulang lagi
nemo dan kamu......
“Ya Allah”
Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah
Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah
Ya Allah Jangan Kau Coba Aku Melebihi Batas Mampu dan Sanggupku Ya Allah Bila Memang Kau Coba aku PercaYa Kau SaYang Padaku
Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah
Ya Allah Lindungilah Diriku Dari Yang Menjahati Menzhalimiku Ya Allah Kaulah Maha Segala Engkaulah Pelindung Hidup dan Matiku
Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah
Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah
Ya Allah Jangan Kau Coba Aku Melebihi Batas Mampu dan Sanggupku
andaiku tahu...
Andai kutahu Kapan tiba ajalku Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai kutahu Kapan tiba masaku Ku akan memohon Tuhan jangan Kau ambil nyawaku
Aku takut Akan semua dosa dosaku Aku takut Dosa yang terus membayangiku
*Instrumental*
Andai kutahu MalaikatMu kan menjemputku Izinkan aku Mengucap kata tobat padaMu
Aku takut Akan semua dosa dosaku Aku takut Dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku Dari segala dosa dosaku Ampuni aku Menangisku bertobat padaMu
Aku manusia Yang takut neraka Namun aku juga Tak pantas di surga
Andai kutahu Kapan tiba ajalku Izinkan aku Mengucap kata tobat padaMu
Aku takut Akan semua dosa dosaku Aku takut Dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku Dari segala dosa dosaku Ampuni aku Menangisku bertobat padaMu