Monday, October 25, 2010

all da best....

JADUAL FINAL EXAM SESI JULAI-DEC 2010

26-10-2010>CTU 553 (9.00-11.00 AM)

27-10-2010>BIO310 (2.00-5.00 PM)

29-10-2010>MAT422 (8.30-11.30 AM)

31-10-2010>ETR300 (9.00-12.00 PM)

1.11.2010>CSC415 (9.00-12.00 PM)

3-11-2010>MAT523 (2.00-5.00 PM)

6-11-2010>CHM350(9.00-11.00 AM)
PHI454 (9.00-11.00 AM)

11-11-2010>BIO320 (9.00-12.00 PM)

14-11-2010>CHM360 (2.00-5.00 PM)
MAT 491 (2.00-5.00 PM)

Sunday, October 24, 2010

=)

Nota Cinta

"Hari ni, saya menang pertandingan pidato di sekolah. Esok, saya ada lagi pertandingan bahas. Lusa pula, ada persidangan di UIA. Awak jaga diri sementara saya takde ye? Bukan saya tak nak mesej, tapi saya sibuk. Jangan tinggal solat."

Hafiz membaca mesej itu dengan perasaan berbunga. Wardah, gadis yang memang disayanginya dari dulu lagi. Wardah, bagi Hafiz memang sesuai dengan namanya. Wardah memang sekuntum mawar nan indah. Harum mewangi. Sukar didekati dan indah di hati.

Namun Hafiz tidak pernah bertemu Wardah. Sekadar mendengar suaranya yang lunak dan bisa menggugat hati. Bukan dia tidak berkeinginan untuk bertemu, namun tempat tinggal mereka sangat jauh. Mereka berkenalan melalui seorang kawan pada dua tahun lepas.

Wardah tersenyum.

Selama 2 tahun perkenalan mereka, Hafiz menjadi permata hatinya. Wardah memang seorang wanita solehah. Namun perkenalannya dengan Hafiz menjadi titik tolak perubahannya. Dia lupa makna zina hati yang dia laungkan pada tazkirah di sekolah. Dia lupa pesan ustazah agar jangan bercinta pada usia muda, tambahan lagi untuknya yang masih bersekolah. Apatah lagi dia akan menduduki peperiksaan besar SPM pada tahun itu.

“Wa, aku tengok kau dah lain. Kau dah pandai layan lelaki kan? Aku tahu kau sukakan Hafiz tapi ingatlah Wa, cinta sejati hanya pada Allah,” Ujar Fiza, sahabat Wardah pada suatu hari.

“Fiza, aku kan masih solat? Lagipun kami berpesan-pesan ke arah kebaikan. Seperti yang dianjurkan Islam,” Balas Wardah, agak teruji.

“Aku rasa kau dah salah konsep, Wa. Dah habis ke perempuan kat sekolah ni? Ramai lagi aku tengok yang tudung ‘pakai buka’, berkepit dengan jantan sana sini, kau tak nak berpesan-pesan ke arah kebaikan untuk tu ke Wa? La taqrabuzzina, janganlah kau mendekati zina. Wa!”

“Aku harap kau janganlah masuk campur. Soal zina, tak perlu kau ingatkan aku. Aku dah cukup faham maksud itu. Kami tak pernah bertemu. Macam mana kami berzina?”

“Kau dulu pernah beri tazkirah soal zina hati. Takkan lupa? Bila hati saling mengingati, aku tengok kau dah lalai! Lagipun, Allah larang kita mendekati zina, bukan melakukan zina. Kau belum terlewat untuk bertaubat. Lupakanlah Wa, apa tak cukupkah Allah sebagai kekasih kau? Dia yang menemani kau siang malam, Yang Maha Mendengar setiap luahan hati?”

Wardah terdiam. Namun baginya ungkapan Fiza hanya mencurah air ke daun keladi. Dia ingin Hafiz menjadi miliknya!

Hafiz menikmati makan malamnya dengan lahap. Hari ini kepenatan menjeratnya kerana terlalu sibuk dengan tugas kepimpinan di sekolahnya. Namun, Hafiz bersyukur diberi peluang sebegitu. Dia tidak mengeluh dengan tugasan seperti itu. Baginya, segala-galanya adalah tanggungjawab yang diamanahkan. Dan tugasnya adalah sebagai pelaksana.

Mungkin hari-hari Hafiz tidak seindah ini jika Wardah tidak menemani hidupnya. Walaupun Hafiz menyedari hakikat bahawa mereka menghampiri zina, Hafiz sentiasa terpukau dengan janji manis Wardah bahawa mereka hanya berkawan. Namun perasaannya sukar ditepis sama sekali. Dia manusia biasa yang tidak mampu menafikan perasaan cinta yang mula bertunas dalam hati.

Telefon hafiz berdering.

Pantas Hafiz menggapai telefon bimbit di meja. Panggilan dari Wardah

“Hafiz?”

“Ya, saya,”

“Awak sayang saya?”

“Emm, kenapa awak tanya?”

“Saya tanya sebab nak awak jawab,”

“Wardah, awak perempuan terbaik yang saya kenal. Tak mungkin tiada perasaan cinta saya terhadap awak,”

“Awak cintakan saya?”

“Ya, saya cintakan awak,”

Dan malam itu menjadi saksi antara dua jiwa itu. Sesungguhnya begitulah syaitan merasuki kita, secara terang-terangan ia bukanlah cinta yang hina, namun menjebakkan dua insan itu ke alam yang melalaikan.

“Aku nampak semalam kau keluar dengan Ina?” soal Hafiz curiga. Perbuatan sahabatnya, Aiman, menggugat ketenangan dan kewibawaannya sebagai seorang sahabat karib.

“Jadi?” Aiman seolah-olah mencabar Hafiz.

“Aku tak suka. Perkara tu Allah larang,”

“Hafiz, Hafiz! Mentahnya pemikiran kau. Macam mana pula soal hubungan kau dengan Wardah? Kau ingat aku tak tahu? Habis, yang kau bercinta dengan dia tu? Ada Allah suruh?”

“Aiman, kami bercinta cara Islam. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada engkau!”

“Ahh, bercinta secara Islam. Kenapa ramai yang kabur dengan persoalan itu? Bukankah itu tipu daya syaitan. Walaupun aku dengan Ina, aku dan dia tidak hipokrit macam kau! Ketua pengawas apa kau ni? Sebelum kau kata baju orang lain kotor, tengok baju sendiri, itu nasihat aku!” kata Aiman berang sambil berlalu pergi.

Hafiz tertunduk di situ, di sebuah taman berhampiran rumahnya. Dia menundukkan kepalanya. Perlahan-lahan, dia berjalan pulang. Dalam perjalanannya, dia bermuhasabah. Ya Allah, dosakah aku? Aku marah apabila sahabatku menghampiri zina namun aku juga begitu! Aku ke surau namun aku juga menghampiri lembah syaitan. Manusia apakah aku?

Malam itu Hafiz bertahajud. Bermunasabah dan merenungi segala dosa-dosanya. Bagaimana suara Wardah yang mencairkan hatinya, dan bagaimana dia asyik melayari alam percintaan dengan Wardah. Dia senang begitu, bermunajat sendirian dan mengadu pada Allah. Biasanya pada malam-malam begitu masanya dihabiskan dengan menelefon Wardah hingga lewat pagi. Namun malam itu dia selesa menutup telefonnya dan menyerah pada Allah. Malam itu juga dia harus membuat keputusan.

“Eeesh! Mana Hafiz ni! Biasanya dia telefon aku, ni, mesej pun takde! Telefon pulak off! Dia ada perempuan lain ke?” rungut wardah sendirian.

Hatinya gelisah. Walaupun jam menunjukkan pukul empat pagi, namun dia setia menunggu Hafiz. Dia mahu tunjukkan pada Hafiz bahawa dia gadis yang sabar, mungkin, Hafiz mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia menerima mesej daripada Hafiz.

“Wa, jangan tipu saya lagi! Cukup sampai di sini hubungan kita!”

Wardah terkesima. Dia buntu, apa yang Hafiz maksudkan? Perlahan-lahan, dia membalas mesej itu.

“Apa maksud awak? Awak tak sayang saya?”

“Sudahlah Wa. Pergilah dari hidup saya. Saya tak perlukan perempuan macam awak lagi!”

Wardah mula menitiskan air mata apabila mesejnya tidak dibalas. Dia beberapa kali menelefon Hafiz tetapi tidak berjawab. Kali ini dia pasti, Hafiz akan meninggalkannya tanpa sebab!

3 bulan berlalu dengan perit. Wardah sedaya upaya melupakan Hafiz. Setiap hari Wardah memeriksa peti emelnya sejak Hafiz memadam telefonnya. Hafiz pasti akan meninggalkan sesuatu! Hafiz bukan sejahat lelaki lain. Wardah tahu itu semua.

Hinggalah pada suatu hari, Wardah memperoleh berita yang dinanti-nantikan. Terketar-ketar jarinya tatkala membuka emel yang bertajuk ‘Nota Cinta’ itu…

Subject:

Nota Cinta

From:

“Hafiz Haikal”

To:

wardah@yahoo.com

Assalamualaikum...

Kehadapan Wardah, mawar yang dirahmati Allah

Mungkin semasa awak membuka emel ini perasan awak sangat jelik, benci, kecewa dan banyak lagi terhadap saya.Saya faham itu semua, tapi apa saya harus buat, ini saya lakukan semua untuk mencari redha Allah. Saya pun tak tahu nak mula dari mana, tapi saya harap awak faham apa yang saya tulis.

Sebenarnya mesej yang saya hantar pada pagi itu memang dirancang. Mesej itu sengaja saya reka untuk saya jauhkan perasaan cinta saya kepada awak. Mungkin awak terkejut dengan sikap saya, tapi ada makna di sebalik semua tu.

Sebab utama saya hantar mesej macam tu sebab nak biar awak benci kat saya dan menjauhkan diri dari saya. Kenapa saya nak jauhkan diri dari awk?.. Selama kita menzahirkn rasa cinta dan sayang semenjak tu la hati saya rasa lain. Untuk pengetahuan awak bila saya lafaz sayang dan cinta kepada awak dan awak pula membalasnya saya terasa jiwa saya jauh dari Allah, nafsu syahwat saya naik, rasa ke arah maksiat tu ada walaupun kita tak pernah bersua. Agak remeh kan kalau orang lain baca, tapi untuk saya yang mempunyai iman yg rendah macam2 boleh jadi kat saya. Mungkin awak sebagai wanita tak rasa keadaan begitu tapi saya seorang lelaki memang menyebabkan saya lemah. Saya takut akan Allah, kekadang saya nasihatkan kawan saya jangan buat benda 2 tapi saya buat jugak. Orang pandang saya selalu pakai songkok kat sekolah macam alim, pergi masjid tapi buat benda tu, tak ke saya ni munafik?

Saya sedar apa yang saya buat mendukacitakan hati awk. Hati mana yang boleh terima difitnah begitu. Tapi bila saya buat begitu saya juga rasa berdosa sebab memfitnah wanita yang solehah. tapi apa kan daya desakan hati.

Awak memang wanita hebat, setiap kali awak menceritakan kejayaan awak memang saya cemburu. Kekadang saya fikir kenapa saya tak boleh jadi macam awak. Tapi saya tetap bersyukur dapat kawan dengan awak. Serius saya katakan awak sahajalah kawan wanita yang paling rapat dengan saya, yang lain cuma kawan biasa, jarang saya berhubung dengan mereka.

Untuk terakhir sekali, perasaan cinta dalam diri saya terhadap awak memang tertanam dalam hati saya, sebab awak cinta pertama saya. Saya tak pernah bercinta. Masalah yang saya hadapi sekarang mcm saya katakan di atas tu la. Walaupun agak remeh tapi saya pandang serius terhadap benda ni. Sebab Allah tak redhai sebuah hubungan selain daripada pernikahan. Saya harap dengan penjelasan saya awak akan faham lebih-lebih lagi awak belajar dlm aliran agama. Sekiranya kita ada jodoh tak kan ke mana. Itu janji Allah.

Wassalam.. Ikhlas dari hamba yg mencari redha Allah: HAFIZ HAIKAL

Malam itu Wardah bersujud, pada Allah dia serahkan diri… Hari-hari dilaluinya dengan redha, tanpa rasa dendam sedikitpun terhadap Hafiz. Nota cinta Hafiz telah mengubah hidupnya. Hinggalah Wardah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya dan Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti al-Azhar, Mesir.

Wardah merenung jauh ke Tasik Titiwangsa yang damai itu. Dilihatnya pasangan-pasangan muda berpegangan tangan tanpa segan-silu. Dia bermuhasabah dalam hati. Andai satu ketika dulu dia hanyut dibuai cinta dengan Hafiz, pasti gelaran doktor pakar mustahil disandangnya. Sejenak dia memikirkan kata-kata Umminya semalam…

“Wa, bila nak menikah? Ummi teringin nak bermenantu,”

Soalan Ummi itu menggegar tangkai hati Wardah.

Kenangan yang cuba diluputkannya bertahun-tahun dahulu kembali mengusik. Jauh di sudut hati, Wardah masih mengharapkan Hafiz yang entah ke mana itu. Dengan menarik nafas panjang, Wardah menyahut,

“Sesiapa sahaja yang Ummi carikan, dialah jodoh Wardah,”

Wardah merenung cincin perkahwinan di jarinya. Cantik! Sekali pandang Wardah tahu, suaminya pasti dari kalangan orang berada. Hatinya masih berdebar-debar. Sejak akad nikah tadi, dia masih belum melihat wajah suaminya. Walaupun Hafiz berada dalam hatinya, dia redha. Biarlah, pilihan Ummi pasti yang terbaik buatnya. Wardah memejam mata rapat-rapat, ditahan air matanya dari menitis. Dia ingin menjadi bintang timur buat suaminya. Biarlah dia seorang…

“Wardah Alia binti Syukri, sesungguhnya cinta itu lebih indah melalui sebuah ikatan mulia bernama perkahwinan…” Bisik suaminya, suara yang mendamaikan hatinya.

Wardah membuka matanya, dan menatap wajah penaung jiwanya kini… Hafiz Haikal…


Saturday, October 23, 2010

taman rekreasi & mini zoo kemaman....

22 oct 2010....
perjalanan bermula jam 10.30 pagi...
dari sebuah destinasi ke sebuah destinasi...destinasi yang seterusnya di MINI ZOO KEMAMAN...
seronok sekali...
wahhh..first time sampai sini...zoo taiping dah...zoo melaka dah...
yang specially kali ni g jalan ngan adik tersayang....
dan sahabat2 yang sentiasa dalam ingatan...
mula2 kami bertemu cik ikan naga...besar sungguh...
jalan lagi...jumpe burung2 and merak...subhanallah...indah sungguh...
berjalan lagi...makin bk yg ditemui.cik kura2,encik kuda,encik ular...
dan yang paling best,jumpe kawan lame...en.beru...comel bangat...rase cam nak peluk je...
walaupun penat,tapi hati kami sgt gembira...terlerai segala kekusutan...tenangnya...
tu lah bila kite dekat ngan alam,sgt menenangkan hati...
tambahan plak dunia dah makin tercemar..
pembangunan dan maksiat di sana sini ....hurmmm...
entahlah....

arini plak 23 ct 2010...
ke mane kite seterusnya???
yeah...di tepi pantai...
just berdua...hehehehe
macam2 yang kami makan sesambil dok menghayati deruan ombak yang menghempas pantai...
suhanallah...sekali lagi hatiku terusik dgn ciptaan-Mu Ya Allah....
aku bersyukur atas segala nikmat-Mu...
aku bersyukur kerana di beri mas bersama dengannya walaupun seketika...sesungguhnya aku menyayanginya kerana-Mu...
banyak lagi yang aku perlu pelajari tentang kehidupannya di sini...banyak yg berubah...
alhamdulillah bertambah lagi proses taarufku...
entah bila lagi akan dapat ku menjejakkan kaki di sini...

wat farah,k.sham,k.lah n k.ina seronok ketemu kalian lagi...
serta kawan2 di uitm dungun yang mengenaliku salam kasih ku ucapkan...
semoga kita dipertemukan lagi jika diizinkan....

buat yang tersayang....
along terima semua ini sebagi tarbiyah dari Allah...
perpisahan yang diberi diganti dengan pertemuan yang cukup indah...
biarpun terpisah beribu batu,namun kamu sentiasa di hati...
ingatlah janji2 kita...

Wednesday, October 20, 2010

destinasi impian....

hari ini,20 oct 2010....
hari yg cukup menggembirakan...
di awal pagi lagi aku dan kengkawan keluar berjogging di taman rekreasi...
dia...dia...dia...dia...dan dia2...
ramai sekali...
seronok...
kami berjalan...berjogging...berjongkang jongkit...dan macam2 ag....
sungguh meletihkan...tapi best...
semua senaman kami cube...
basikal...perahu...piring terbang dan macam2 ag...
aduhhh....sakit betol pinggang....

pas dah penat bersenam...
kami pun together2 carik kedai makan...
menu utama...yeah!!! ROTI CANAI satu....
Teh Tarik....
perhhh...sedapnye...
makan....makan...makan...

petang ni nak kuar jalan2 lak...
memang best la...
syukur kerana aku dikurniakan teman2 yang sgt999 baik...
dunia akhirat...insyaallah...

love you all....
to nemo...thank a lots my dear...=)

Sunday, October 17, 2010

aneh.....

aku yakin dan pasti sesungguhnya setiap orang di muka bumi ini memiliki perasaan...
suka...gembira...sedih...marah...was-was...dan sebagainya...
begitu juga aku,manusia biasa yg tidak dapat lari dari memiliki kesemua perasaan itu...

perasaan yang tidak dapat lari dari kehidupan kita...
perasaan yang tersentuh di hati dan dizahirkan dalam perlakuan...
andainya hati kita gembira,senyuman indah mekar terukir...
andainya sedih...airmata akan mengalir membasahi pipi...

tapi,hari ini aku ingin coretkan seuah kenyataan...
yg sering aku alami...
yang banyak mengajar aku erti keyakinan pada diri sendiri...
aku berterima kasih pada seorang sahabat yang banyak menasihatiku supaya yakin pada petunjuk Ilahi...apakah maknanya semua ini???

bermula dengan perasaan marah yg aku sendiri tidak mengerti kenapa...
kenapa aku marah???
marah tanpa sebab...
marah yang tak terluah pada orang lain...
marah yang menimbulkan tanda tanya...

sakit sekali...
malu sendiri...
tiada sesiapa yang memahami...
setiap kali aku marah,aku pasti tertanya2 kenapa aku marah...
kenapa mesti dia yang aku marah...

sejak kebelakangan ini...aku sering bermuhasabah diri atas segala tindakan yang pernah aku buat...
Ya Allah berdosanya aku pada dia,seorang sahabat yang telah lama kukenali...
membesar bersama2 di sini...
kenapa mesti perasaan marah itu wujud setiap kali aku berurusan...
seperti api disimbah petrol...terbakar...
tanpa sebab...
perasaan marah dapat mengesan kehadirannya...

sejak itu aku mula yakin bahawa hatiku berkata benar...
Allah yang telah mengatur segala-galanya...
Allah menguji sejauh mana keyakinan kita kepadaNya...
Allah syg padaku...
tiap kali solat hajat,aku berdoa agar Dia membantuku...
berilah aku pertunjuk yng terbaik untukku...agamaku...
jgnlah disebabkan marah ini,silaturrahim ini terputus...

sesiapa yang ada rase dialah orgnya...sejuta kemaafan ku pohon..
sesungguhnya sangat sakit untuk menghadapinya...
diri sendiri tidak memahami,bagaimana untuk aku mengawalnya...
semoga ada jawapan disetiap persoalan ini...

Monday, September 27, 2010

MAHAR CINTA

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihati melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiapkan bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lamanya disudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama disudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya....

Wednesday, September 22, 2010

renung-renungkan...

Petiklah Bunga Itu Wahai Kumbang Sakti
www.iluvislam.com
Editor: Isyrak



Bunga mekar di taman larangan

Elok kelopaknya, elok harumannya

Dijaga rapi Sang Penjaga

Dihias tertib tiada tercela

Aku menyaksikan bunga itu kembang

dan aku juga menyaksikan bunga itu layu.

Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan?

Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?

Atau kamu?

Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi,

Kau datang merampas langkahnya.

Kau datang menghalang cintanya.

Ya!

Kamu datang menghalang cintanya

pada Raja Segala Cinta.

Masakan tidak kamu ketahui?

Cintanya itu milik Raja Segala Cinta!

Kamu tahu itu?

Kamu sedar itu?

Bukankah kamu kumbang sakti?

Mengapa tegar untukmu,

merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?

Kamu datang membawa sejuta janji

Kamu datang membawa sejuta pengharapan

Dia itu bunga, wahai kumbang.

Dia itu bunga.

Disentuh oleh tangan asing, layulah dia

Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.

Jangan kau gantung dia tiada bertali

Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati

Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur.

Petiklah dia.

Secepatnya.

Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri

Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini.

Bukankah itu ajaran Rasul kita?

Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita?

Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh..

Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti

Aku sayangkan bunga

dan kamu wahai kumbang

Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun?

Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi.

Siramkan air dan baja

Mentari! Pancarkan cahaya!

Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan

Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua

Petik dia.

Mohon petunjuk Raja Segala Cinta

Minta restu kedua orang tua

Dan aku mendoakan sentiasa

Bukan aku memaksa.

Tapi aku terpaksa

Sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ?

Dia perlukan jawapan.

Petik dia secepat yang kau mampu kumbang..

Andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya

Andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu

Andai kamulah kumbang sakti itu..

Buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu

Allah akan mempermudahkan segalanya.

Janji Allah itu pasti

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanyang dikehendakiNya."

[At-Talaq:2-3]