Wednesday, December 30, 2009


SELAMAT HARI LAHIR

Buat insan yang bernama Nur Farhana binti Mohd Kamaruzaman, Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke-20….maaf jika ku terlambat mengucapkannya. Tetapi ketahuilah bahawa diri ini sentiasa mengingati dan menyayangimu kerana Allah.semoga bertambahnya usia meningkatlah amalan. Bukan harta yang dapat kuberikan padamu, tetapi hanya doa agar engkau sentiasa dilindungi Allah yang mampu diri ini berikan. Biarlah jarak memisahkan kita, tetapi ingatanku tetap bersamamu,sahabat. Ku harap, dirimu dapat menerima diri ini seadanya.

SENYUMANMU MEMBUATKU GEMBIRA,

TAWAMU MEMBUATKU BAHAGIA…

TANGISMU MEMBUATKU HIBA,

KESEDIHANMU AKAN KU TANGGUNG BERSAMA…

MARAHMU KUSAMBUT DENGAN RAJUK,

KERANA KU TAHU MARAHMU KERANA SAYANG,

DAN RAJUKKU BUKAN KERANA APA HANYA SEKADAR INGIN BERMANJA.

SEMOGA KENANGAN YANG TERCIPTA TIDAK ENGKAU LUPAKAN….

ALONG SAYANG ANA KERANA ALLAH (A.S.A.K.A)

Tuesday, December 29, 2009

CIRI-CIRI ORANG YANG BERJAYA

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih,Maha Penyayang

1. Sungguh beruntung orang-orang yang beriman,

2. iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya

3. dan orang yang menjauhkan diri dari perbuatan @ perkataan yang tidak berguna,

4. dan orang yang menunaikan zakat,

5. dan orang yang memelihara kemaluannya,

6. kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki,maka sesungguhnya mereka tidak tercela,

7. tetapi barangsiapa mencari disebalik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas,

8. dan sungguh beruntung orang yang memelihara amanat dan janjinya,

9. serta orang yang memelihara solatnya.

10. mereka itulah orang yang akan mewarisi,

11. Yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.